Percutian pelakon Catriona Ross bersama keluarga di Scotland sejak 19 April lalu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama bapanya Bahrin Ross Abdullah Ross memberi pengalaman bermakna buat dirinya.
Catriona atau Norhayati Ross Baharin Ross, 43, berkata, percutian itu turut disertai oleh anak lelakinya iaitu Jammal Al Raess, 11, yang juga penghidap autisme. Ceritanya, ini merupakan kali pertama Jammal mengharungi perjalanan panjang menggunakan pesawat dan berbangga dengan pencapaian anak kesayangannya itu. "Perjalanan kali ini terutamanya pulang kampung di Scotland dan London sambil membawa anak autisme adalah satu perjalanan paling bermakna buat kami. "Selama bertahun-tahun saya membayangkan bagaimana agaknya anak istimewa saya sekiranya berada di luar negara bersama kami. "Akhirnya, anak lelaki kami dapat menjejakkan kaki di London dan kami sempat merakamkan foto kenangan bersama di hadapan mercu tanda The Great Bell," katanya.
Catriona berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Selain meraikan Aidilfitri di Scotland, Catriona bersama keluarga turut mengambil kesempatan berkunjung ke beberapa tempat termasuk London. Menceritakan mengenai Jammal, Catriona berkata, percutian itu bukan sekadar melancong tetapi membuktikan anak istimewanya itu berjaya melawan ketakutannya sebelum ini. Kongsinya, Jammal dahulunya seorang penakut dan akan menangis sekiranya mendengar bunyi-bunyian yang kuat. Oleh sebab itu, kejayaannya menempuh penerbangan yang panjang tanpa sebarang masalah adalah satu kejayaan yang membuatkannya sebagai ibu bangga. "Perjalanan ini bukan sekadar percutian tetapi ia merupakan perjalanan jarak jauh pertama anak lelaki kami ke luar negara, sekali gus melawan ketakutannya. "Kalau dulu dia akan menangis dan melarikan diri apabila mendengar bunyi pembersih vakum. "Hari ini anda boleh lihat bagaimana dia gembira dalam gambar yang saya kongsikan ini," ujarnya. Untuk rekod, Jammal disahkan menghidap autisme tanpa komunikasi iaitu ketidakupayaan bertutur dan hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan. Sebelum ini, Catriona pernah berkongsi hatinya remuk apabila mendapat tahu keadaan anaknya itu namun bersyukur Jammal kini boleh menguruskan diri sendiri meskipun tidak boleh berkomunikasi. Catriona mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada 26 Jun 2009 dan selain Jammal, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sephina Rania, 13 dan Edruce Riyadh, 8 tahun. Sumber: mStar
|
cicicumel: Anak2 dia muka pure melayu sem ...
hashashes replied at 1-5-2023 02:30 AM
Macam mana dari pada Norhayati boleh tukar ke catriona pulak?
SpyLeman replied at 1-5-2023 07:31 AM
Muka Cat ada laa rupa omputih kalau tgk depan2. Yang kata takde rupa omputih tu maybe sbb korang dah ...
innocent_me replied at 1-5-2023 07:10 AM
Lucunya yg kata muka cat pure melayu. Cer gi banding muka jawa sebelah muka dia?? Dia ni kalau jump ...
cicicumel replied at 30-4-2023 08:19 PM
Anak2 dia muka pure melayu sementelah Catriona pon langsung xde muka mat salleh.
innocent_me replied at 1-5-2023 07:10 AM
Lucunya yg kata muka cat pure melayu. Cer gi banding muka jawa sebelah muka dia?? Dia ni kalau jump ...
babynina30 replied at 30-4-2023 09:12 PM
She looks way older than her age. Born 80 kan. I igt few yrs back, diadh belakon jd mak2 yaa
ADVERTISEMENT