CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kondom, Durian Mendahului Senarai Eksport Thailand

30-4-2023 05:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 351| Komen: 3|Original author: Tatod

Bangkok: Pengeluar getah asli terbesar dunia, Thailand berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeksport utama kondom global pada 2022, menurut data Kementerian Perdagangan.

Negara itu mengeksport kondom bernilai AS$272.3 juta (RM1.2 bilion) tahun lalu, dengan China, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam mendahului senarai pengimport kondom buatan Thailand, berdasarkan data kementerian.


Thailand memegang peratusan tertinggi dalam eksport kondom global, menyumbang 44 peratus daripada pasaran dunia, meningkat daripada 43.7 peratus pada tahun lalu, menurut kementerian itu.


Data juga menunjukkan Thailand mendominasi eksport durian yang bernilai AS$3.22 bilion (RM14.36 bilion) iaitu produk pertanian keempat terbesar dari segi nilai.

Getah dan buah-buahan pula menyumbang kurang daripada 10 peratus daripada eksport Thailand, dengan jumlah keseluruhan menyamai lebih separuh daripada keluaran ekonomi.


Kerajaan menjangkakan kesan kepada perdagangan keluar tahun ini, di tengah-tengah permintaan global yang perlahan, dengan eksport pada Mac turun 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peratusan eksport durian Thailand menurun sedikit dari 2021 selepas Vietnam mendapat kelulusan untuk menghantar durian ke China, yang menjadi pembeli terbesar durian Thailand.

"Pengeksport perlu berwaspada kerana kita kehilangan penguasaan pasaran.

"Kita perlu mempelbagaikan risiko, jangan terlalu bergantung kepada China," kata Ketua Pengarah bagi pejabat dasar perdagangan dan strategi kementerian itu, Poonpong Naiyapakorn. 


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 30-4-2023 11:09 PM
mula2 baca ingatkan kondom perasa durian
Quote Tinot7 30-4-2023 11:40 PM
dani-rox replied at 30-4-2023 11:09 PM
mula2 baca ingatkan kondom perasa durian

Lepaih ni deme usahakan la.. rasanya kondom berperisa ni dah wujud.. tinggai nak pelbagaikan perisa jahh kott..
Quote DARSITA 1-5-2023 10:17 AM


Barang2 Thailand yg aii terpaksa beli sebab tiada pilihan is:-

Santan Kelapa Kara (pekat) banding dgn santan kelapa Mexico yang cair leleh.
Daun Pandan -
Daun Pisang
Petai <------------------- frozen tapi lepas defrost mcm petai baru buang kulitnya.
Beras Jasmine

Timer raya baru ni,  aii beli tiga lychee and longan dlm tin utk buat minum jamuan raya.

Durian Thailand mmg tak beli sebab sekarang group Malaysia di sini berjemaah order durian Musang King dari Malaysia. Murah dah tentu quality bagus.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.144879 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top