CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gas Bocor Di Kilang Ragut 9 Nyawa

30-4-2023 05:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 174| Komen: 0|Original author: Tatod

New Delhi: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, manakala 11 lagi mangsa mengalami kesakitan akibat gas bocor di sebuah kilang di Punjab, India, pada Ahad.

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dan polis sudah pun dikerahkan ke lokasi kejadian, tulis Ketua Menteri negeri Bhagwant Mann di Twitter.



Kejadian berlaku pada sebelah pagi di kawasan Giaspura di Ludhiana, kira-kira 320 kilometer dari New Delhi.

Menurut laporan televisyen tempatan, insiden itu berlaku di kilang produk tenusu.

Beberapa mayat ditemukan bergelimpangan di jalan raya dan ramai penduduk melarikan diri akibat panik.

Seorang lelaki berkata lima ahli keluarganya tidak sedarkan diri.

"Punca kebocoran dan jenis gas masih belum dapat dipastikan," lapor Agensi Berita PTI memetik pegawai tempatan.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.026073 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top