CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menggigil Tengok Bengkel Terbakar

30-4-2023 05:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 267| Komen: 0|Original author: Tatod

Jeli: "Saya menggigil ketakutan melihat api yang sedang marak hampir memusnahkan keseluruhan bengkel dan kediaman milik kami sekeluarga," luah Nik Asmaria Nik Lah, 43.

Ketika kejadian jam 2.25 petang itu, Nik Asmaria bersama dua anak perempuan berusia 12 dan 23 tahun, sedang berehat di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan serta asap tebal.


Katanya, dia bersama anak-anak bergegas keluar untuk menyelamatkan diri serta sempat mengalihkan tiga kereta ke tempat selamat manakala empat lagi kenderaan untuk alat ganti hangus terbakar.


"Kami sempat mencapai dokumen penting dan hanya keluar sehelai sepinggang kerana bimbang api terus marak dan membakar rumah yang bersebelahan bengkel alat ganti kenderaan terpakai ini.

"Alhamdulillah, nasib baik anggota bomba cepat sampai, sekali gus dapat menyelamatkan kediaman kami daripada turut terbakar.

"Kejadian berlaku dengan sangat pantas, saya sendiri kaku tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana takut dan terkejut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Bechah Keling, Ayer Lanas, di sini, hari ini.

Nik Asmaria mengakui terkilan kerana bengkel berkenaan sudah lama diusahakan dengan arwah suami sejak 2010 dan menjadi punca pendapatan utama untuk dia dan anak-anak.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan, kecuali mengalami kerugian kerana alat ganti kereta yang turut hangus.

Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh empat kilometer (km) berikutan lokasi bengkel yang terletak di laluan utama jalan Jeli- Tanah Merah.

Sementara, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.31 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli bertugas untuk memadamkan kebakaran selain turut ada bersama adalah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang.

"Alhamdulillah, kebakaran dapat dipadamkan dengan cepat dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya.


Sumber: HARIAN METRO
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.159324 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top