CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Di Pelabuhan Klang Meninggal Dunia

30-4-2023 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 894| Komen: 4|Original author: Tatod

Dhaka – Remaja dari Bangladesh, Ratul Islam Fahim, yang dihantar pulang pada Februari lalu sebulan selepas dia ditemui dalam sebuah kontena kapal di Pelabuhan Klang, dilaporkan meninggal dunia semalam, lapor akhbar Dhaka Tribune.


Ratul, 14, meninggal dunia akibat lemas ketika mandi berseorangan di sebuah kolam berhampiran rumahnya di Monoharganj, bandar Comilla.

Bapa remaja lelaki tersebut, Faruq Miah berkata, anaknya mempunyai masalah kesihatan mental serta tidak tahu berenang. 


“Kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Ratul lemas ketika mandi sendirian,” kata Faruq sambil menambah, remaja itu bertindak demikian ketika semua ahli keluarga berada di sawah untuk menuai padi.

Ratul dilaporkan hilang dari rumahnya di Bangladesh Pada 13 November tahun lepas.

Pada 12 Januari tahun ini, sebuah kapal, MV Integra berlepas dari pelabuhan Chittagong menuju ke Malaysia. Empat hari selepas itu, kelasi kapal terdengar bunyi bising datang dari sebuah kapal kontena kosong di Pelabuhan Klang.


Pada 17 Januari, kapal tersebut dibawa ke jeti sebelum kontena dibuka dan menemui Ratul berada di dalamnya dalam keadaan selamat selepas hampir seminggu tidak menjamah makanan dan minuman.

Ratul ketika itu memberitahu bahawa dia bermain di dalam kontena tersebut dengan rakan-rakannya di Chittagong, namun terkunci di dalam tanpa sengaja.

Remaja itu diselamatkan sebelum dihantar pulang ke Bangladesh pada 21 Februari lalu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 30-4-2023 01:59 PM
Kesian nye
Quote kepompong 30-4-2023 02:02 PM
tidak kupinta lahir ke dunia.. bila lahir pun, macam tak diperdulikan? sbb ada macam2 masalah? sorry bukan tuduh. tapi kat malaysia pun ramai je macam ni. lahir dgn macam2 masalah lepas tu berakhir dgn tragedi
Quote Skuau 30-4-2023 02:56 PM
final destination'...versi bangla.
Quote Tinot7 30-4-2023 02:57 PM
Takziah kpd keluarga..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 1.233784 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top