CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

22 Ular Dirampas Daripada Wanita Yang Tiba Dari KL

30-4-2023 11:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1923| Komen: 20|Original author: Tatod

New Delhi: Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.

Menurut Jabatan Kastam Chennai pada Sabtu, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.


Pihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.


Reptilia itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.

Menurut laporan media tempatan, reptilia itu dibungkus dalam bekas plastik lut sinar.

Reptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti itu bukanlah perkara luar biasa.

Pada Januari tahun ini, 45 ular sawa dan lapan ular jagung serta masing-masing tiga ekor marmoset (monyet) dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Thailand.


Menurut laporan tahunan Direktorat Perisikan Hasil (Directorate of Revenue Intelligence (DRI)) India, sebanyak 1,204 reptilia spesies eksotik seperti ular sawa, iguana, monitor lizard, ular jagung dan kura-kura Afrika turut dirampas di lapangan terbang Chennai pada Oktober 2022.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 30-4-2023 12:07 PM
Acaner kat epot kita boleh lepas
Quote Azharitubunga 30-4-2023 12:31 PM
Lagi kes kemaluan kastam malaysia
Quote antikorok 30-4-2023 01:18 PM
Naagin tersenyum sinisssssssSSS
Quote elnor_81 30-4-2023 02:07 PM
krustykrab: Acaner kat epot kita boleh lep ...

Baru nk tya..cmne blh lps?
Quote kepompong 30-4-2023 02:15 PM
ayat terakhir tu nak kata thailand pun sama?
Quote mejaputih 30-4-2023 02:22 PM
kepompong replied at 30-4-2023 02:15 PM
ayat terakhir tu nak kata thailand pun sama?

Aah..kastam thailand
Quote cmf_premierleag 30-4-2023 02:44 PM
Cemana bleh lepas dr msia?
Memalukan sgt
Quote ntohapehapentoh 30-4-2023 02:53 PM
macam mana boleh terlepas dari malaysia?

Quote jfq 30-4-2023 03:37 PM
Macamana boleh lepas scanner kat kl
Woi tido ke
Quote mejaputih 30-4-2023 03:44 PM
Kalau masuk check in bagasi kat klia tak scan kan??
Quote Nizleen86 30-4-2023 10:23 PM
Malaysia cuaca panas sangat sampai heatstroke lalu tertido tu yg terlepas semua..
Quote Jitu 30-4-2023 10:29 PM
blh pulak lepas
Quote kakikuDibibirmu 30-4-2023 10:29 PM
ular, ular bul Lahab...

hahaha, rindu bidiyo lama ni, zaman tu YouTube pun belum ada lagi....

[youtube]UUQ9-BlvMdg[/youtube]

http://youtu.be/UUQ9-BlvMdg
Quote jejaka_hensem 30-4-2023 10:32 PM
Dia self checkin?sebab guna air asia.
Tapi tak kan xscan pulak bag tu kan sebelum masuk kapal?
Entah lah
Quote fefeeling 30-4-2023 10:52 PM
kakikuDibibirmu replied at 30-4-2023 10:29 PM
ular, ular bul Lahab...

hahaha, rindu bidiyo lama ni, zaman tu YouTube pun belum ada la ...

Hahaha video ni legend zaman pakai henpon nokia 3gp hahahah memori daun pisang sgt
Quote cahaya_almas 30-4-2023 11:30 PM
kakikuDibibirmu replied at 30-4-2023 10:29 PM
ular, ular bul Lahab...

hahaha, rindu bidiyo lama ni, zaman tu YouTube pun belum ada la ...

Yg ni betul ke tipu you..kelakar..hahA..terus pengsan pK arab
Quote telracs 1-5-2023 01:57 AM
Kalau dalam bagasi yang masuk dalam seat penumpang, bersyukurlah wahai penumpang, sebab bekas plastik tu tak pecah...
Kalau tak, merayap keluar semua makhluk tu dalam katebang.... naya....
Quote jari10 1-5-2023 02:03 AM
Camne boleh lepas ?? Mohon pihak berkenaan respon..
Quote mr_cool5885 1-5-2023 06:07 AM
Kahkahkah no wonder katebang boleh ilang. Letak ape benda pun boleh lepas kahkahkah.
Ritu ostolia ni yindia pulak. Pasni semua negara alert bagasi from this country need to be triple check! Everyone can fly. Everything also can fly!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064011 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top