CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecewa Gagal Dalam Peperiksaan, 9 Pelajar Tamatkan Hayat Sendiri

30-4-2023 10:45 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 784| Komen: 9|Original author: Tatod

New Delhi: Sembilan pelajar maut akibat bunuh diri dengan dua lagi dikatakan cuba bertindak serupa di Andhra Pradesh dekat Hyderabad, selepas keputusan peperiksaan kelas 11 dan kelas 12 diumumkan pada Rabu oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Ujian Pertengahan Andhra Pradesh.


Portal NDTV melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun membunuh diri di daerah Srikakulam dengan melompat di hadapan kereta api.

Pelajar tahun pertama yang berasal dari kampung Dandu Gopalapuram di daerah itu dikatakan berkecil hati selepas gagal dalam kebanyakan kertas ujian.


Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pula membunuh diri di kediamannya di Trinadhapuram, kawasan di bawah bidang kuasa balai polis Malkapuram.

Pelajar wanita berasal dari daerah Visakhapatnam turut dilaporkan kecewa selepas gagal dalam beberapa mata pelajaran untuk peperiksaan berkenaan.

Seorang lagi remaja berusia 18 tahun mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri di kediamannya di kawasan Kancharapalem di Visakhapatnam. Dia hanya gagal dalam satu mata pelajaran.


Dua pelajar berusia 17 tahun dari daerah Chittoor di Andhra Pradesh meninggal dunia akibat bunuh diri selepas gagal dalam peperiksaan pertengahan itu.

Seorang daripadanya pelajar perempuan membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik, manakala seorang lagi lelaki dari daerah yang sama, maut selepas memakan racun perosak.

Seorang lagi pelajar berusia 17 tahun menggantung diri sehingga mati di kediamannya di Anakapalli.

Dia dikatakan tertekan kerana memperoleh markah rendah pada tahun pertama pertengahan semester.

Berita mengejutkan itu datang di tengah-tengah siri bunuh diri di kolej arus perdana di India.

Sebelum ini, empat pelajar maut akibat disyaki membunuh diri tahun ini di pelbagai kampus Institut Teknologi India (IIT).

Ketua Hakim Negara India DY Chandrachud pada Februari lalu menyatakan kebimbangan mengenai laporan kejadian bunuh diri itu.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-4-2023 11:05 AM
Ok, thread ASTRO dah ada, thread seberang dah ada, thread India dah ade.
TT telah menjalankan tugas
Quote primarikey 30-4-2023 11:38 AM
Gagal exam pn nk bunuh diri
Lemahhhh
Elok le mati awal
Quote grouper 30-4-2023 11:47 AM
Ingatkan kat Korea n jepun ramai bunuh diri...kat India lagi ramai
Quote batmana 30-4-2023 12:01 PM
Psl sana ada kepercayaan kelahiran semula..klu mati nnti ntah2 lahir dlm golongan kaya ke apa..
Quote monreyes 30-4-2023 12:05 PM
elok la tu..kurang sikit pembiakkan
Quote Tinot7 30-4-2023 12:11 PM
grouper replied at 30-4-2023 11:47 AM
Ingatkan kat Korea n jepun ramai bunuh diri...kat India lagi ramai

Dolu2 kat singapura pun ada budak india gegirl bunuh diri sbb results buyuk, tak dpt masuk science stream..
Quote kechikchomel 30-4-2023 12:14 PM
Teringat citer Bajrangi Bhaijaan. Berapa tahun ntah dia fail exam. Last² dia lulus, bapak dia terkejut. Terus meninggal.
Quote acik79 30-4-2023 07:31 PM
Fail ambil la lg sekali exam tu, tak pun tukar bidang… bunuh diri bukan jalan penyelesaian
Quote dua_chzy 1-5-2023 04:26 AM
Edited by dua_chzy at 30-4-2023 08:28 PM

Lemah la apa la. Pft.

Weols hidup senang lenang di Malaysia bertongkatkan Bumiputera senang la cakap...

Bebudak ni rasanya sah2 dari keluarga yang tidak seberapa nak berduit. Populasi India tinggi, jauh berganda banding kita. Saingan pun tinggi. Mungkin bagi mereka, takda cara lain nak ubah hidup selain melalui akademik. Sebab tu bila fail, meka terkesan sampai bunuh diri.

Sini apa? Kau fail SPM dapat 8G macam bebudak twins Melayu dulu tu pon MAMPO JADIK INFLUENCERS, MAMPO JADIK RETIS, MAMPO JADIK TOKEH PRODUK TIMBANG KILO, MAMPO JADIK MACAM2. Sebab weols dalam society ramai enablers yang sanggup bagi perhatian, bagi duit kat meka2 ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035300 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top