CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ludah Muka Imam, Lelaki Australia Kena Tahan

30-4-2023 10:36 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 882| Komen: 13|Original author: Tatod

Jakarta: Polis menahan seorang lelaki Australia di sini, semalam, kerana dipercayai terbabit kejadian meludah muka seorang imam di sebuah masjid di Bandung, pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Bandung Budi Sartono, lelaki yang berusia 43 itu ditahan bagi membantu siasatan termasuk kerana melakukan penghinaan.


Beliau berkata, terdahulu, suspek ditahan di lapangan terbang di sini, pada malam Jumaat, susulan laporan polis yang dibuat oleh imam berkenaan.


Katanya, lelaki warga asing itu kemudian dibawa ke Bandung untuk soal siasat selama 10 jam.

"Kita juga sudah meneliti rakaman rakaman kamera llitar tertutup (CCTV) dan menemu bual lima saksi dalam kes ini," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan seorang imam di Masjid Al-Muhajir, Bandung, diludah warga asing.

Pada kejadian kira-kira 6 pagi Jumaat lalu, lelaki itu dikatakan terganggu dengan bacaan al-Quran yang diperdengarkan menerusi pembesar suara masjid berkenaan.


Memetik laporan portal Detik.com, berdasarkan rakaman kamera llitar tertutup (CCTV), seorang lelaki yang memakai topi, baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar panjang berwarna hijau dilihat memasuki masjid berkenaan.

Lelaki itu kemudian menghampiri mimbar sebelum mematikan telefon bimbit milik imam masjid.

Ketika itu, imam memainkan ayat suci al-Quran daripada telefon bimbit.

Warga asing itu kemudian dikatakan memarahi imam berkenaan dengan kata-kata kesat dalam dalam Bahasa Inggeris dan meludah pada muka imam itu.

Berkongsi kisah itu, imam berkenaan, Muhammad Basri Anwar, 24, warga asing itu berbuat demikian kerana berasa terganggu dengan bacaan al-Quran.

"Dia masuk (ke masjid) terus ke datang ke mimbar dan mematikan (alunan bacaan al-Quran) di telefon bimbit saya... memarahi saya dengan Bahasa Inggeris... saya tidak faham," katanya.

Dalam pada itu, Kompas melaporkan warga asing itu adalah warga Australia yang menginap di hotel di depan masjid berkenaan.

Difahamkan, dia mendaftar masuk di hotel itu pada malam sebelumnya dan selepas kejadian, lelaki itu mendaftar keluar dari penginapan berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote straycat 30-4-2023 11:45 AM
Laaa ingatkan bacaan imam tu sendiri. Pasang phone je rupanya. Errmm... Lain kali takyahlah pasang kuat-kuat guna speaker. Nabi pun tak ajar gitu. Speaker untuk azan sahaja sudah.
Quote antikorok 30-4-2023 12:04 PM
Edited by antikorok at 30-4-2023 02:25 PM

Pokcik kokesen yg meludah ni mualaf ke?
Nama ada Islam gitchuuu

Brenton Craig Abbas Abdullah McArthur: Perth man charged over alleged imam spitting in Indonesia
https://www.perthnow.com.au/news/crime/aussie-charged-over-alleged-imam-spitting-in-indonesia-c-10502104
Quote batmana 30-4-2023 12:09 PM
Tk pnah plak masjid sni psg sambung tepon org ngaji..pelik2 Indon ni. Byk sgt amalan yg xikut nabi
Sedangkan zmn nabi baca quran kuat2 dlm masjid pn dilarang sebab ganggu org nk solat
Quote Tinot7 30-4-2023 12:22 PM
antikorok replied at 30-4-2023 12:04 PM
Pokcik kokesen yg meludah ni ni mualaf ke?
Nama ada Islam gitchuuu


https://www.instagram.com/brentonmcarthur/

Org indon dah mula serang insta mamat ni..

https://www.google.com/amp/s/www.news.com.au/travel/travel-updates/incidents/uncivilised-crime-australian-man-in-custody-for-alleged-attack-on-religious-indonesian-leader/news-story/ee9eae743be0a06850cb67155883d4ea%3famp

Voley pulakk mamat ni ngaku victim, walopon ada bideo.. play victim betui.. masalahnya dia hanya dpt deportation dan ban from entering indon.. kalau kena denda sekalipun, mesti dia pikiaq picisan jahh nak bayaq..
Quote antikorok 30-4-2023 01:22 PM
Edited by antikorok at 30-4-2023 01:33 PM
Tinot7 replied at 30-4-2023 12:22 PM
https://www.instagram.com/brentonmcarthur/

Org indon dah mula serang insta mamat ni..


Hikhik. Daripada pokcik ni asyik play victim bertempik rasis sana sini lebih baik pokcik tu rendahkan sikit ego buat permohonan maaf terbuka kemudian buat sesi perjumpaan salam pelok cium pipi imam tu muah2, barulah sejok hati ummah yg suka ganyang-menganyang ni terosss bakalan dimaafkan ummah seantero negara kepulauan sambil boleh diklaim Bule contoh pojaan ummah gaytohh
Quote missbigrockstar 30-4-2023 01:59 PM
Aku paling geli org meludah merata. Apalagi yg meludah kepada org. Cecair kotor dari dalam mulut/badan kau kot. Bodoh.
Quote Triple_8 30-4-2023 02:11 PM
Sebagai raykat Malaysia, marilah kita menyalahkan imam itu kerana membuat bising dan mengganggu kejiranan.
Quote Tinot7 30-4-2023 03:13 PM
antikorok replied at 30-4-2023 01:22 PM
Hikhik. Daripada pokcik ni asyik play victim bertempik rasis sana sini lebih baik pokcik tu rendah ...

Mamat ni ada residen visa expired.. dari mana? Takkan mintak visa residen dari indon?

Indonesian police said Mr McArthur was staying at a nearby hotel and they used his passport to track down and arrest him at Soekarno-Hatta Airport as he tried to board a flight to Australia.

We immediately asked immigration to stop him and cancel him from leaving the country,” Bandung police chief Budi Sartono said in a statement.

“We immediately picked him up at the airport and took him to the Bandung Police Station for interrogation.”

Mr McArthur’s resident visa had expired and Australian Embassy officials accompanied him to the police station, according to local media.

Quote jfq 30-4-2023 03:24 PM
Cepat aje polis indon buat kerja
Kalau kat msia mesti dah terlepas kluar negara baru terkedek2 nak siasat
Quote jfq 30-4-2023 03:26 PM
Difahamkan, dia mendaftar masuk di hotel itu pada malam sebelumnya dan selepas kejadian, lelaki itu mendaftar keluar dari penginapan berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Baru check in dah check out
Nmpk sgt nak lari
Nasib baik tak lepas kat airport
Quote sukacactus 1-5-2023 05:40 AM
Dua2 ada buat salah
Tp sampai meludah tu dah melampau sgt
Quote capiloton 1-5-2023 10:20 AM
missbigrockstar replied at 30-4-2023 01:59 PM
Aku paling geli org meludah merata. Apalagi yg meludah kepada org. Cecair kotor dari dalam mulut/bad ...

kalau cemolot, geli tak?
Quote capiloton 1-5-2023 10:24 AM
Edited by capiloton at 1-5-2023 10:28 AM
jfq replied at 30-4-2023 03:24 PM
Cepat aje polis indon buat kerja
Kalau kat msia mesti dah terlepas kluar negara baru terkedek2 nak s ...

kalau kat sini, selamba jer tembak mati pak imam balik mesjid.

sampai sekarang tak dapat di tangkap, bebas sampai sekarang.
keje sapa pun tak tahu.

pulis cuma cargas tangkap penghina kerabat soltan negara J

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041703 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top