CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Warga Bangladesh Dilanggar, Seorang Ditidurkan

30-4-2023 10:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1052| Komen: 14|Original author: Tatod

Marang: Seorang lelaki ditidurkan manakala tiga lagi rakannya cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer (KM) 51, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Merchang, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian berlaku ketika empat rakan terbabit sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka sebelum dilanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun jam 12.30 tengahari tadi.

Katanya, sebelum kejadian pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, Dungun.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kelisa berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar empat lelaki terbabit yang sedang berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli barangan di kedai runcit di kampung berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Mohd Zain berkata, akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa, Md Shiblu Rahman, 39, terpaksa ditidurkan manakala tiga lagi rakannya, Md Bulbul Sikder, 38, cedera bahu kanan, Md Abdur Roshid, 39, cedera paha kanan manakala, Md Hridoy Khan, 28, patah peha kanan dan dirawat di Hospital Dungun.

"Semua mangsa adalah warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh di sebuah tapak projek solar di kampung berkenaan.

"Pemandu Perodua Kelisa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 30-4-2023 02:46 PM
apa ko buat 12 tghari kt jalan raya tu.....mak,bapak mana tak tengok anak pi jln raya tu......
Quote jfq 30-4-2023 02:58 PM
Bangla mmg ke sana sini jalan kaki berkilo meter
Sbb tu dia org selim
Org malaysia aje nak gi kedai sejengkal pun kena naik kereta takut cair ketiak lecak
Ujung2 smua gundu2
Quote jfq 30-4-2023 02:59 PM
Yg heran kat jambu bongkok pun ada bangla
Quote shernazz 30-4-2023 03:11 PM
Tukang jahit tu tak tido malam kot.siapkan tempahan baju utk open house..
Quote SecretLuv 30-4-2023 03:17 PM
jfq: Bangla mmg ke sana sini jalan  ...


Tapi tu la bila dah jalan jauh2 tu mesti la berpeluh2... Lepas tu faham2 la[em:12:]
Quote cap_ayam 30-4-2023 03:17 PM
Bangla ganu ada potensi terkenal juga bila dah pandai cakap terengganu dan makan kopok lekor.

Anyway gws buat bangla2 yang kemalangan ni. kesian balik dari kedai.. nak masak agaknya.
Quote Skuau 30-4-2023 03:18 PM
"wa jait kasut..bukang jait olang"-tukang jahit
Quote capwayang 30-4-2023 03:45 PM
..tukang jahit tu mesti drive tengok phone, phone terlepas jatuh dari tangan dan dia nak ambik phone sambil teruskan memandu, kebiasaannya memang cenggitu kronologi kejadiannya..
Quote kepompong 30-4-2023 05:18 PM
i kesian kontraktor projek solar tu… nak tanggung yg cedera lagi. pastu nak cari pengganti
Quote CiliPadiSedap 30-4-2023 11:58 PM
Moga bangla berhati hati di jalan raya
Quote MissVixen 1-5-2023 01:57 AM
Bangla ni selalu macam ayam melintas. Majikan kena ajar cara melintas jalan kot. Kereta dah dekat, tiba2 berlari ke tengah highway kesas. Kalau kereta mengelak, kereta yang kena langgar dengan lori kontena.
Quote sukacactus 1-5-2023 05:58 AM
Sian pulak jln tepi jln pun kena juga
Abg kwn aku pun gitu jg
Tgh berdiri tepi jln sebab tunggu masa sesuai nak cross
Skali dtg motor terbabas, kena kat abg kwn tu, kepala terhentak ke batu, terus jd sayo bertahun, last2 meninggal
Quote fortiori13 1-5-2023 02:11 PM
Kesian, moga diberi kesembuhan segera
Quote nuralisa 1-5-2023 02:42 PM
Sian dorg. Projek solar apa kat kg jambu bongkok tu..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.096863 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top