CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Amin Kenang Kembali Insiden Lima Kali Dipatuk Ular Berbisa, Syukur Umur Masih Panjang

30-4-2023 10:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 352| Komen: 5|Original author: Tatod

Kuantan: Lima kali dipatuk ular tedung dalam tempoh 12 tahun adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan Muhammad Amin Fikri Azhar, 27.

Lebih-lebih lagi, dia hampir kehilangan nyawa pada 14 Mei tahun lalu selepas dipatuk reptilia terbabit.


Mengimbas kembali kejadian itu, dia dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan hanya mempunyai peluang kira-kira 20 peratus untuk hidup.

"Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi, saya tersedar dan mendapati seekor ular berhampiran anak saya yang sedang tidur.

Keadaan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Muhammad Amin Fikri Azhar yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

"Saya berjaya memegang kepala ular terbabit dan memanggil isteri untuk membawa anak perempuan kami keluar dari bilik tidur.

"Tetapi ular itu membenamkan taringnya pada pergelangan tangan kiri dan saya tidak mencabutnya kerana takut jika taring reptilia itu patah.


"Saya dapat merasakan bahang daripada racun itu mengalir ke dalam badan saya. Saya terpaksa menahan kesakitan sebelum berjaya melepaskan patukan ular terbabit," katanya

"Saya kemudiannya meminta isteri menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) untuk menangkap ular itu sebelum saya rebah di dalam bilik tidur.

"Akibatnya, saya berada di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selama 19 hari termasuk tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani dua pembedahan pada tangan kiri," katanya.

Beliau yang juga anggota APM bersyukur kerana selamat daripada maut.

Katanya, kakitangan hospital memaklumkan kepadanya bahawa dia bertuah dan umurnya masih panjang walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya.

"Sebenarnya, kejadian kali pertama dipatuk ular ialah pada 2010 ketika berumur 14 tahun, diikuti 2014, 2019, 2021 dan 2022.

"Namun, bagi saya, semua kejadian itu bukan sahaja memberikan pengalaman, malah mematangkan saya dan memerlukan saya lebih berhati-hati ketika berdepan reptilia terbabit.

"Walaupun mengalami kesan sampingan akibat dipatuk ular terbabit, saya tetap meneruskan tugas yang diamanahkan jika APM menerima aduan berkaitan ular.

"Tapi ia membuatkan saya lebih berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kejadian berulang," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 30-4-2023 04:39 PM
Allahuakbar  

berkali2 kena pagut dek ular, maybe badan heols dah ada poison resistance. gituuu telaan Iols

Iols paham, demi anak tersayang, Iols pun sanggup buat benda sama  
pengorbanan ibu-bapa demi anak-anak  
Quote awanearisu 30-4-2023 05:10 PM
Berani betul. Mujur nyawa masih panjang.
Quote missbigrockstar 30-4-2023 06:08 PM
Patut lah dia berani handle ular tu single handedly. Dia sendiri pun anggota APM.
Quote Kurex 30-4-2023 06:14 PM
Macam helok
Quote Zack8hunter 30-4-2023 06:34 PM
Naagin yg dah masuk beberapa siri drama tersenyum sinis

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.092298 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top