CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Aircond Meningkat

30-4-2023 10:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 981| Komen: 12|Original author: Tatod

Melaka: Cuaca panas berikutan perubahan monsun yang berlaku ketika ini mendorong orang ramai memasang penyaman udara di kediaman masing-masing, sekali gus menaikkan jualan alat elektrik berkenaan.


Tinjauan Bernama mendapati rata-rata kedai menjual perkakas elektrik menerima keuntungan berganda hasil jualan penyaman udara ketika musim kemarau ini berbanding bulan lain.

Jurujual perkakas elektrik, Janice Ooh, 37, berkata penjualan penyaman udara di premisnya meningkat 10 hingga 20 peratus pada bulan ini sahaja berikutan keadaan cuaca panas.

Pembeli, Rahim (kiri) diberi penerangan oleh pekerja sebuah premis menjual barangan elektrik.

"Pelanggan tidak teragak-agak untuk membuat pembelian seunit penyaman udara yang dijual bermula dengan harga RM900 berbanding hanya melihat sahaja barangan elektrik itu sebelum ini," katanya.

Pengurus kedai elekrik di Jalan Perindustrian Bachang Baru Mohd Zamri Hamzah berkata penjualan penyaman udara di kedainya turut meningkat beberapa peratus berbanding bulan lepas.


"Sebanyak 30 unit penyaman udara terjual sepanjang Ramadan lalu. Selain menyejukkan rumah, perkakasan elektrik tersebut kini ada yang dilengkapi teknologi terkini yang mampu membekalkan lebih banyak oksigen di dalam rumah.

"Teknologi tersebut amat baik untuk persekitaran dan amat sesuai digunakan ketika musim kemarau ini," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan Husairi Ujang, 46, berkata beliau membeli tiga unit penyaman udara sebagai langkah persediaan menghadapi musim kemarau pada tahun ini.

"Waktu siang memang kena buka penyaman udara, nak solat dalam bilik pun memang berpeluh kalau tak buka (penyaman udara).

"(Waktu) siang saya terpaksa buka dua penyaman udara kerana cuaca sekarang memang panas dan kalau dikira kos, purata bil (elektrik) rumah saya sebulan RM200," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 30-4-2023 10:26 AM
panas membahang sekarang...keperluan aircond paling kurang kat ruang tamu kena ada satu
Quote antikorok 30-4-2023 10:50 AM
Budak datang beraya merungut ala2 budak T20 "Rumah panas macam gurun" tersenyum siniss gaytohhh
Quote pooh~key 30-4-2023 10:57 AM
Akak terpegun dengan komentar seorang forummer namanya @makadek kalau tak silap sister. Sheols merekomenkan setiap rumah wajib ada exjos fan and yes, sheols betul sister.
Quote slyfynx 30-4-2023 11:02 AM
Perlu eh bukak satu lg thread yang 3 hari lepas dah bukak

Tauke Barangan Elektrik Senyum Lebar, Ramai Beli Kipas Dan Penghawa Dingin Tak Tahan Cuaca Panas
Quote krustykrab 30-4-2023 11:04 AM
pooh~key replied at 30-4-2023 10:57 AM
Akak terpegun dengan komentar seorang forummer namanya @makadek kalau tak silap sister. Sheols merek ...

Biasa org pasang kt dapo..kalau pasang kt living hall nmpk buruk pulak
Quote pooh~key 30-4-2023 11:13 AM
krustykrab replied at 30-4-2023 11:04 AM
Biasa org pasang kt dapo..kalau pasang kt living hall nmpk buruk pulak

Tak masalahnya biasanya kat dapor pun tak ada sissy. Ummah jaman jekarang macam dah lupa pentingnya air ventilation sissy.
Quote krustykrab 30-4-2023 12:06 PM
pooh~key replied at 30-4-2023 11:13 AM
Tak masalahnya biasanya kat dapor pun tak ada sissy. Ummah jaman jekarang macam dah lupa pentingny ...

Iols mmg pasang kat dapo..tp tak pernah pulak terfikir nk pasang kat r.tamu, bilik... Kalau tau lg berkesan..dah lama iols pasang..iols mmg jenis mudah panas n berpeluh. Duk dlm ekon pun kdg boleh berpeluh.
Quote CiliPadiSedap 30-4-2023 01:34 PM
rumah landed tak payah pakai aircond, pakai air ventilator jenis solar tu. yang tu rm 2ribu ++ beli 2 unit boleh cover dalam 3500sqft rumah. sejuk dah dapat kawal suhu bumbung rumah panas. bil elektrik pun tak jalan

rumah kondo elok pakai kipas siling dan aircond. beli mahal sedikit kipas siling dalam rm 400 / rm 800. yang tu power cari bilah 65inch.

aircond nak pakai kalau siang buka 24 dh cukup dah. jangan tekan 16 nanti bil kena bayar rm 5000++ cm kaka masa jahil. buka 24 check compressor jalan x. nak lg mudah beli laser temperature. check suhu bilik berapa buka aircond around suhu bilik. jangan suhu bilik 24 buka aircond 19.

aircond beli hp tinggi xpe 1.5 bilik, ruang tamu 2.5hp. sebab compressor kerja berat sekali. lepas tu dia akan mati dan maintain je suhu. biar horsepower dapat cover luas bilik. jangan beli aircond nak jimat tp xmaintanance tak fikir bil elektrik mahal.

kaka aircond xjalan musim panas ni kecuali raya je. sbb cuaca dalam rumah xpanas
Quote CiliPadiSedap 30-4-2023 01:41 PM
lg satu nak jimat elektrik dengan pakai solar rasanya tak perlu sebab cm xpulang modal.

cuaca skrng bukannya consistent flip flop. kadang elnino petang pagi tengah hari la nina. hujan panas silih ganti.

lebih jimat pakai air ventilator tu kesan dia sama dengan rumah atap minangkabau. tujuannya tak nak bagi udara panas terperangkap dalam rumah dan bumbung rumah



ni jenis solar. ada jenis yang pakai bearing tu. dua2 ok. bergantung bajet. kalau ada bajet lebih ambil solar terus. terasa sejuk rumah.
Quote pooh~key 3-5-2023 02:04 AM
makadek replied at 2-5-2023 08:59 PM
Tq kaka pukey wlpn kita selalu bercekau.. Hahah
Mmg la menda alah tu menyebabkan rumah pohon sawit ...

Tak apa sissy bercekau di forum itteww biasa sissy.
Quote Simunggu 3-5-2023 09:01 AM
dah lah penggunaan airkond bertambah...karan di sabah pula x cukupdah keluar news ada catuan letrik berjadual di Sabah mulai hari ini

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040008 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top