CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulau Untuk Dijual RM840,000

29-4-2023 04:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 877| Komen: 17|Original author: Tatod

Kirkcudbright, Scotland: Sebuah pulau seluas 10 hektar yang tidak berpenghuni dengan pemandangan pantai Scotland akan dijual pada harga 150,000 pound sterling (kira-kira RM840,000).

Biarpun menawarkan pemandangan indah pantai Scotland, kehidupan di sini adalah amat mencabar kerana hanya burung yang tinggal di pulau ini.


Pulau Barlocco itu disenaraikan untuk dijual pada Khamis lalu oleh firma hartanah Scotland, Galbraith.


Pulau ini terletak di daerah Dumfries dan Galloway di Scotland dan terletak kira-kira 9.7 kilometer dari bandar terbesar berdekatan, Gatehouse of Fleet, iaitu kira-kira dua jam pemanduan dari Glasgow.

Ia hanya boleh diakses dengan bot. Ketika air surut, orang ramai boleh ke pulau ini dengan berjalan kaki di atas batu atau menaiki kenderaan khusus.

Pulau itu berada dalam senarai Tapak Kepentingan Saintifik Khas, yang "akan mengehadkan dengan ketara kemungkinan mendapatkan kebenaran untuk membina sebarang struktur atau kediaman kekal" di situ, menurut ejen penyenaraian, David Corrie.


Bagi sesiapa yang ingin tinggal di pulau itu untuk tempoh masa lama, mereka mungkin perlu menggunakan tenaga solar.

Setakat ini, 50 pihak yang menunjukkan minat untuk membeli pulau itu termasuk pihak dari Britain, Itali, Jerman, Norway dan Amerika Syarikat, menurut Corrie.

Bagi Corrie, yang dibesarkan tidak terlalu jauh dari Barlocco, minat banyak pihak terhadap pulau itu adalah tidak mengejutkan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan pemilik pulau berkenaan.

"Ini biasanya aset yang dipegang oleh ladang atau ladang bersejarah yang mungkin tidak lagi berguna untuk mereka," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 29-4-2023 04:26 PM
Pulau gersang ginik jual ratos riban?
Ujong2 pulau tuh tenggelam dilanggar tsunami ribut taufan tak payah tunggu kenaikan aras laut akibat pemanasan global punggg
Quote Meiizu 29-4-2023 05:03 PM
wahhh sama harga double storey kat shh alam...sila beli
Quote ninja boy 29-4-2023 05:05 PM
Murah betul harga
Quote tahanie 29-4-2023 05:22 PM
Murahnya. Bakal tenggelam ke?
Quote cmf_premierleag 29-4-2023 05:40 PM
"ia hanya boleh diakses dengan bot. Ketika air surut, orang ramai boleh ke pulau ini dengan berjalan kaki di atas batu atau menaiki kenderaan khusus."

kene tgk gak whether area pantai tu ada quick sand ke idok..kang x pasal2 tertelan dlm pasir jerlus...kat area Blackpool UK (near Lancaster) mmg pantai teluknya ada quick sand..ramai dh mati sbb terpijak pasir jerlus
Quote Lagubestbest 29-4-2023 06:53 PM
Loan + Interest 35 tahun ujung2 jadi 1.5juta bayaran keseluruhan.
Quote Skuau 29-4-2023 07:01 PM
Edited by Skuau at 29-4-2023 07:28 PM

#UNHCR,PBB:
TOLONG beli...untuk penempatan pelarian,mangsa2 peperangan ,'manusia' tak bernegara
dan lain2 terutamanya ROHINGYA.
Quote hasniey 29-4-2023 07:22 PM
Murah la kan.tp mesti susah nk di komersial kan.buat khemah glamping je laa
Quote shernazz 29-4-2023 07:35 PM
cmf_premierleag replied at 29-4-2023 05:40 PM
"ia hanya boleh diakses dengan bot. Ketika air surut, orang ramai boleh ke pulau ini dengan berjalan ...

Mati disebabkan pasir jerlus ni mmg tenggelam tak timbul2 ke uols?
Quote cmf_premierleag 29-4-2023 07:41 PM
shernazz replied at 29-4-2023 07:35 PM
Mati disebabkan pasir jerlus ni mmg tenggelam tak timbul2 ke uols?

Tak tau la sis..akak blom ada pglmn mati sbb pasir jerlus ni lg
Quote kakikuDibibirmu 29-4-2023 09:56 PM
[youtube]6To6GqnKI3g[/youtube]
Quote shernazz 29-4-2023 11:00 PM
cmf_premierleag replied at 29-4-2023 07:41 PM
Tak tau la sis..akak blom ada pglmn mati sbb pasir jerlus ni lg


Mana la Tau kan kot2 ada info2 ka.
Hahaha....
Sebab. Biasa tengok kat TV je..masuk terus dalam pasir tu
Quote Tinot7 29-4-2023 11:19 PM
Edited by Tinot7 at 29-4-2023 11:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2023 09:56 PM



[youtube]nr-lJ_MVljw[/youtube]
Quote Tinot7 29-4-2023 11:20 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2023 09:56 PM

[youtube]EdP5KvfxBBw[/youtube]
Quote dani-rox 29-4-2023 11:28 PM
[youtube]QSwDEL2sssU[/youtube]
Quote Meiizu 30-4-2023 12:09 AM
Skuau replied at 29-4-2023 07:01 PM
#UNHCR,PBB:
TOLONG beli...untuk penempatan pelarian,mangsa2 peperangan ,'manusia' tak bernegara
dan ...

Yesszaaa gud idea
Quote SalenaGomez 30-4-2023 09:34 AM
cmf_premierleag: "ia hanya boleh diakses dengan ...


Still berbaloi beli dari yang dok bercita2 nak tinggal kat marikh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.077198 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top