CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Hanya Fikir Mati Syahid’ – Abdul Rahman

29-4-2023 06:36 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 792| Komen: 6|Original author: Tatod

Sepang – “Kalau aku mati, aku hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd Nuh, 25, yang merupakan pelajar Malaysia di Sudan.

Abdul Rahman yang merupakan pelajar tahun satu Maahad Bilal Asharie berkata demikian sebaik ditanya perasaaannya apabila berada di tengah-tengah konflik peperangan di Sudan baru-baru ini.


Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Langat tiba di tanah air petang tadi selepas berjaya di bawa keluar dari Sudan ke Jeddah, awal pagi semalam bersama tiga lagi pelajar lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir beramah mesra dengan salah seorang kumpulan misi evakuasi yang berjaya diselamatkan dari Sudan ketika tiba di KLIA Terminal 1,

“Sebelum perang meletus, saya dan rakan lain sudah mula melihat askar-askar berjalan di tepi jalan namun, tidak mengagak apa-apa buruk bakal berlaku. Bagaimanapun, sehari selepas itu (25 Ramadan) perang meletus dan kami mendengar bunyi tembakan dan berbalas tembakan,” katanya.


Tambah Abdul Rahman, sejak itu, dia dan pelajar lain tidak dibenarkan hadir ke kelas dan masjid serta terpaksa berlindung di tempat selamat.

Abdul Rahman berkata, peperangan meletus sehinggalah tiga hari sebelum 1 Syawal dimana bunyi tembakan dapat didengar sepanjang hari.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 29-4-2023 06:50 AM
Bersyukurlah lebai2 Pas busuk2 dorang pun  dalam berbeza pandangan politik takde sampai nak angkat senjata & resort to kekerasan... Kalau tidak, jadilah negara ni macam Sudan, Syria, Afghan etc

Tapi benda ni (lebai tak jadi militant) ramai take for granted dan tak appreciate.
Quote otai_g 29-4-2023 07:15 AM
Perwira2022 replied at 29-4-2023 06:50 AM
Bersyukurlah lebai2 Pas busuk2 dorang pun  dalam berbeza pandangan politik takde sampai nak angkat s ...

Masalahnya lebai ada senapang ke bang? Kalo lebai2 ada senjata aku rs 1st target dia adalah org2 penghasut mcm ko.
Quote Perwira2022 29-4-2023 07:21 AM
otai_g replied at 29-4-2023 07:15 AM
Masalahnya lebai ada senapang ke bang? Kalo lebai2 ada senjata aku rs 1st target dia adalah org2 p ...

Nak seribu daya. Pandai2 la sesape yg nak jadi militant cari senjata api. Tu kalau nak lah.
Quote Dwdrum 29-4-2023 08:09 AM
Pergi sudan belajar apa?
Quote Samerosie 29-4-2023 09:39 AM
Dwdrum: Pergi sudan belajar apa?


pelajar tahun satu Maahad Bilal Asharie
Quote Decaffeinated 29-4-2023 03:14 PM
otai_g replied at 29-4-2023 07:15 AM
Masalahnya lebai ada senapang ke bang? Kalo lebai2 ada senjata aku rs 1st target dia adalah org2 p ...

Sebab tu lah kot dia sangat bersyukur

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061243 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top