CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN: BN Tak Benar Parti Komponen Bincang Kerusi Berasingan

29-4-2023 06:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 302| Komen: 1|Original author: Tatod

Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan parti komponennya mengadakan perbincangan secara berasingan yang melibatkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.


Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan itu hanya melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri-negeri berkenaan.

“Maka, sebarang perbincangan hendaklah melibatkan dua parti gabungan kita, iaitu BN dan PH.

AHMAD ZAHID menerima cenderamata dari Datuk Ahmad Maslan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pontian Umno Johor di Benut, Pontian 

“Dan semua keputusan yang dibuat dalam perbincangan di enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus bincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai untuk ditandingi.

“Insya-Allah apabila kita mula lalukan perbincangan, kita akan cari jalan yang terbaik untuk beroleh kemenangan di kerusi-kerusi di enam negeri itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadari Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Johor di Kompleks Muafakat Benut, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, pelbagai formula akan digunakan bagi menyelesaikan pembahagian kerusi berkenaan.

“Apabila kedua-dua pihak telah bersetuju, kita akan cari jalan penyelesaian yang akan dimuktamad dan terbaik,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 29-4-2023 01:32 PM
Wak jahit bincang senyap2 masa nk sailang sabah blh la pulak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034783 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top