CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Nafi Dendam, Menganak Tiri Negeri Pembangkang

29-4-2023 05:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 340| Komen: 14|Original author: Tatod

Alor Setar: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau bersikap pendendam dan sengaja mahu mengambil tindakan ke atas pemimpin pembangkang yang kerap mengkritiknya.

Tegasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana pihak berkuasa untuk menyiasat parti atau pemimpin tertentu semata-mata bagi tujuan politik.


"Saya dalam mesyuarat jemaah menteri, tak pernah arah suruh tangkap orang itu, siasat orang ini. Saya kata siapa ambil rasuah, tak peduli dari Pakatan Harapan (PH), PKR, UMNO, PAS, BERSATU, jika didapati ada salah sila siasat, tangkap, dakwa, salah masuk penjara.

Anwar ketika Majlis Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate.

"Kita ambil tindakan semuanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat, ada bukti kita dakwa, tengok kes jana wibawa, kes tebatan banjir. Tapi mereka kata saya dendam.

"Mereka cakap berdegar, cakap pasal hadis dan al-Quran, tapi pertahan orang yang ambil rasuah, kemudian kita yang ambil tindakan dipersalah, kata pendendam, aniaya rakyat, menganaktirikan negeri pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Himpunan MADANI Kedah yang diadakan di Dataran Stargate di sini, malam ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub serta barisan kepimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) Kedah.

Mengulas lajut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kerajaan terus menyalurkan peruntukan kepada negeri di bawah pembangkang termasuk Kedah yang menerima tambahan peruntukan.

"Untuk Kedah naik peruntukan, tapi ada yang pakai serban cakap Anwar ini menganak tiri negeri pembangkang, itu cakap fitnah.

"Saya tahu apa erti fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya tahu erti menderita hidup dalam lokap, makan tak cukup. Apa erti bila jadi Perdana Menteri, saya zalim pada orang?

"Saya kena pukul, saya kena pukul kamu. Saya masuk penjara, saya kena penjarakan kamu. Saya datang bukan untuk bermusuh dengan sesiapa," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta rakyat terutama di Kedah dapat menyokong Kerajaan Perpaduan bagi memastikan dasar yang dibawa dapat mengangkat martabat rakyat dan negara.

"Tak kan sebab buat majlis hari raya nak menang (atau) kalah pilihan raya… kerana beri makan hari raya, dapat undi, tidak. Saya tidak mahu saudara saudari sokong saya sebab itu.

"Saya nak tunjukkan bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik dan tegakkan keadilan bagi semua rakyat negara kita dan saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 29-4-2023 06:24 AM
Jijik baca@dengar ucapan Anwat

Play victim
Berlagak suci murni
Narsis yg perasan penyelamat dunia
Tunggang istilah2 agama
Tunggang sastera Melayu
Quote otai_g 29-4-2023 07:12 AM
Hilang kepercayaan bila idea cagarkan kwsp utk buat loan bank. Bayangkan kalo kptsn yg Salah mcm ni dia buat utk bnd2 lain yg lbh bsr utk negara? Sbg pm ko x blh buat kptsn yg Salah.
Quote ayukpingu 29-4-2023 08:10 AM
aura pembangkang dlm diri masih kuat. hello, perdana menteri utk malaysia ok, bukan utk parti. tolong adil sama rata walaupun dlm hati mmg masih ada dendam kesumat
Quote honeybee1802 29-4-2023 08:19 AM
Anak melayu..anak cina india ...anak pencadang...anak pembangkakng semua sekarang anak bangnon apa...cuma tu la kadang ada je pak pilih kasih ja...ada anak excellent...ada anak pemalas...
Quote Antifake 29-4-2023 10:35 AM
Perwira2022: Jijik baca@dengar ucapan Anwat ...
. Jangan.. dia maksum … [em:14:]
Quote Innrukia 29-4-2023 10:42 AM
sembang
hoi hoi ya hoi tu passport pun dapat balik kan?
anak kesayangan pun dilantik pegang jwtan
Quote clara_nur 29-4-2023 11:31 AM

dendam la tu sbb dia pi kaco syed mokthar dr kedah negeri pembangkang..
tokey2 cina leennn ada kaaa pi kaco??
Quote Solokkk 29-4-2023 11:43 AM
Bla….bla….bla…., babi terbang sekawan sambil mengencing
Quote umisha 29-4-2023 11:49 AM
Sembang politik, dgr boleh percaya belum tentu
Quote xy_daen 29-4-2023 01:18 PM
Sembang babi BangNon boleh terbang. Dah kantoi Nurul Izzah keje dekat MOF terus diam2 letak dekan Petronas. Masyuk
Quote LoveSungmin 29-4-2023 01:21 PM
xy_daen replied at 29-4-2023 01:18 PM
Sembang babi BangNon boleh terbang. Dah kantoi Nurul Izzah keje dekat MOF terus diam2 letak dekan Pe ...

anak dia kat petronas? wow!
Quote Innrukia 29-4-2023 01:29 PM
xy_daen replied at 29-4-2023 01:18 PM
Sembang babi BangNon boleh terbang. Dah kantoi Nurul Izzah keje dekat MOF terus diam2 letak dekan Pe ...

senangkan dgn politik boleh anak branak kaut. Itu yg penting padahal org lain jenuh interview ber level, mai kat anak PM experience semua takde, terus dpt masuk.
Yg penting anak papa... nepo & rasuah tu apa?
Quote Decaffeinated 29-4-2023 02:19 PM
Kalau aku jadi bangnon memang aku balas dendam. Nak harga rahmah kena ikrar macam Sanusi buat. Tol free untuk penyokong PH sahaja tengok thread ni jadi berapa pages

Quote xy_daen 29-4-2023 02:25 PM
LoveSungmin replied at 29-4-2023 01:21 PM
anak dia kat petronas? wow!

Penasihat tanpa gaji katanya. Wallahualam

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.212966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top