CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Sesat 8 Jam Cari Lokasi Tanah Untuk Dijual

29-4-2023 05:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1115| Komen: 13|Original author: Tatod

Empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan sesat ketika mencari lokasi tanah untuk dijual di kawasan hutan Kampung Berangkok, di Kuala Penyu, ditemui selamat, petang semalam.

Mereka Masli Hi Baring, 66, Mohd Shafuan Sungsi, 27, Mohd Aziziul Sungsi, 26 dan Mind Aqel Abdullah berusia lingkungan 10 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree berkata, semua mereka ditemui pasukannya kira-kira 5 petang.


Katanya, enam anggota bomba bersama sebuah jentera dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Berangkok bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.48 petang.

"Laporan membabitkan empat mangsa sesat dari jam 9 pagi tadi di dalam hutan ketika mencari lokasi tanah untuk dijual.

"Pasukan bomba menggunakan bunyi siren untuk memanggil mangsa dan seterusnya semua mangsa berjaya ditemui selamat sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, semua mangsa dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada 5.37 petang," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 29-4-2023 08:39 AM
Seperti my mum lah ada pocit desperate mahu jual tanah... My mum denvar murah dia beli tanpa tengok/survey location tanah.. Hanya tengok di google map dan gran plan saja... Suruh aku dengan hubby cari rupa nya almost 5km dalam hutan kena hiking... Apa pun tidak boleh develop kecuali agriculture issue mahu pokok yang mahu di buang ada balak so biar jadi hutan better simpan untuk environment...
Quote kepompong 29-4-2023 08:45 AM
Berangkok / Kuala Penyu kt negeri mana ni… berita nya kenapa lah tak letak negeri apa
Quote Firenzza 29-4-2023 09:55 AM
Dwdrum replied at 29-4-2023 08:39 AM
Seperti my mum lah ada pocit desperate mahu jual tanah... My mum denvar murah dia beli tanpa tengok/ ...

Mahal ke pacit u jual?
Quote kotakbaju 29-4-2023 10:19 AM
kepompong replied at 29-4-2023 08:45 AM
Berangkok / Kuala Penyu kt negeri mana ni… berita nya kenapa lah tak letak negeri apa

Itu la. Baru iols nak tanya kat mana
Quote kotakbaju 29-4-2023 10:21 AM
kepompong replied at 29-4-2023 08:45 AM
Berangkok / Kuala Penyu kt negeri mana ni… berita nya kenapa lah tak letak negeri apa

Iols gugel map lokasi dia kat belah sabah nun
Quote Decaffeinated 29-4-2023 03:19 PM
Macam kimark ja assume Kampung Berangkok tu famous semua orang tau

Quote addlynna 29-4-2023 04:11 PM
kepompong replied at 29-4-2023 08:45 AM
Berangkok / Kuala Penyu kt negeri mana ni… berita nya kenapa lah tak letak negeri apa

di Sabah ni. Kg suami di Kuala Penyu juga.. ehhehe
Quote nolya 29-4-2023 04:50 PM

Tetiba2 saya terfikir, selalu baca berita2 orang yg sesat di hutan atau tak dpt cari jalan keluar, agak2 kalau pakai GPS ni boleh boleh selesai masalah tak? Jujur tanya ni.
Quote Dwdrum 30-4-2023 01:13 PM
Firenzza replied at 28-4-2023 05:55 PM
Mahal ke pacit u jual?

Tanah hutan border tanah gomen reserve forest... Tanah tahun 2007 RM 15k 1 acre semua 117 acres...
Quote Firenzza 30-4-2023 01:32 PM
Dwdrum replied at 30-4-2023 01:13 PM
Tanah hutan border tanah gomen reserve forest... Tanah tahun 2007 RM 15k 1 acre semua 117 acres... ...

Mak datok.....dkt 2j tuuu....to ok le tu murah bebeno....tanam klpa sawit pun ok
Quote Dwdrum 30-4-2023 01:42 PM
Firenzza replied at 29-4-2023 09:32 PM
Mak datok.....dkt 2j tuuu....to ok le tu murah bebeno....tanam klpa sawit pun ok

Banyak tanah mahu di jual tanah agriculture hutan ke tika itu.. Juga tanah sudah ada pokok sawit and some ada sekali kilang process... Ini tidak jauh dari road access.. . Depa mahu jual... Tetapi tanah semua besar paling kecil rasanya 50+ acres... Lagi size kecil lebih mahal... Lagi besar size tanah lebih murah... And age factor pokok... Hutan lagi murah sebab process buang pokok bagi aku complicated...
Quote Dwdrum 30-4-2023 01:52 PM
nolya replied at 29-4-2023 12:50 AM
Tetiba2 saya terfikir, selalu baca berita2 orang yg sesat di hutan atau tak dpt cari jalan keluar,  ...

If jungle thick tidak nampak sky signal weak... Kena cari tempat tinggi and clear.. But malaysia tower tidak banyak untuk terima signal... If hantar emergency distress cari tempat selamat and clear untuk dapat strong reception...and stay same location jangan ubah location... Incase akan hilang tracking location...
Quote jfq 30-4-2023 03:39 PM
Jual tanah as in earth
Atau jual lot tanah
Tak faham nak jual tanah dlm hutan?
Bukan hak sendiri apa nya nak jual?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.568014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top