Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terlanggar mangsa di Taman Selasih, di Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 petang hari ini.
Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 60-an dipercayai terlanggar isterinya sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan rumah. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku sewaktu mangsa yang sebelum itu berada dalam kereta Proton Saga itu dan keluar kerana tertinggal barang di dalam rumah. "Suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang sedang parkir di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Redzuan berkata, pemandu kereta Proton Saga itu tidak mengalami kecederaan manakala isterinya yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat. "Pemandu kereta itu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Sumber: HARIAN METRO |
"Suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang sedang parkir di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
slyfynx replied at 29-4-2023 09:43 AM
Salam takziah
Firenzza replied at 29-4-2023 09:51 AM
Xde reverse sensor/camera ke?
green~tea replied at 29-4-2023 10:47 AM
Tertekan pedal minyak
Thunderclouds replied at 29-4-2023 10:57 AM
Hapoo..
Bukan saja suka² p langgaq.
Sama yg tgilis ank sendri tu suma.
Thunderclouds replied at 29-4-2023 10:57 AM
Hapoo..
Bukan saja suka² p langgaq.
Sama yg tgilis ank sendri tu suma.
green~tea replied at 29-4-2023 11:50 AM
Ye bukan saja2 pi langgar.. tapi ramai yakmattttt orang tua yang dah tak layak bawak kereta tp ket ...
green~tea replied at 29-4-2023 11:53 AM
Orang2 tua ni kaki dah tak rasa pijak apa... so i tak terkejut pakcik dalam berita ni nak pijak br ...
green~tea replied at 29-4-2023 11:50 AM
Ye bukan saja2 pi langgar.. tapi ramai yakmattttt orang tua yang dah tak layak bawak kereta tp ket ...
slyfynx replied at 29-4-2023 09:43 AM
Salam takziah
Tinot7 replied at 29-4-2023 12:00 PM
Jalan kecik ka sampai sebuah keta bleh bikin jem?
Iols bawak slow jugak sbb keta dah uzur.
ADVERTISEMENT