CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Di Belakang Pacuan Empat Roda, Dibungkus Dalam Plastik Merah

28-4-2023 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 760| Komen: 10

Keningau: Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru dilahirkan, ditemui di belakang kenderaan pacuan empat roda di Kampung Susulat, Sook, di sini, Selasa lalu.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam di dalam plastik merah, pada 12.30 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.41 petang, memaklumkan seorang bayi ditemui di kampung berkenaan.


Foto: PDRM

Katanya, bayi itu masih bertali pusat dan ditemui di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda.

"Pengadu kemudian membawa bayi itu masuk ke dalam rumah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Sook untuk mendapatkan rawatan.

"Bayi berkenaan dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, bayi terbabit dipercayai dibuang namun siasatan masih diteruskan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ho di talian 014-6304299," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 28-4-2023 09:55 PM
Salah bod ni
Quote slyfynx 28-4-2023 10:11 PM
Editor cari minum tuak ke?
Quote telracs 29-4-2023 12:43 AM
Kan...rasa macam klik bod gosip...eh sekali kuar isu semasa...
Quote Perils 29-4-2023 12:50 AM
Haku dah la rajin bgosip . Ingtkan anak retis mana jd mangsa
Quote Lolalala 29-4-2023 12:56 AM
Baby Merdeka ke ni?
Quote fortiori13 30-4-2023 04:15 PM
Alahai kesian, moga baby sentiasa sihat & dijaga dgn baik...
Quote batmana 30-4-2023 05:39 PM
semoga baby ni dibesarkan dgn penuh kasih syg..
Quote missbigrockstar 30-4-2023 06:00 PM
Alahai bulat sihat baby. Semoga membesar dgn sihat, dilimpahi masih sayang Dan rezeki.
Quote downiey 30-4-2023 07:13 PM
semoga baby mbesar mnjadi ank yg baik dan disayangi

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039851 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top