CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tergamak Biarkan Anak Dirogol Dan Dibunuh Kekasih Demi Dapatkan Dadah

28-4-2023 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 920| Komen: 12

ASUNCION: Seorang ibu tergamak menjual anak perempuannya yang berusia tiga tahun kepada teman lelakinya hanya kerana ingin mendapatkan bekalan dadah jenis kokain bagi menghilangkan ketagihannya.

Lebih malang, kanak-kanak yang dikenali sebagai Luz Maida itu dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh teman lelaki ibunya.

Insiden itu berlaku apabila Aurelia Salinas, 42, mengejutkan Luz pada awal pagi pada minggu lalu di rumah mereka di Pedro Juan Caballero sebelum dia diserahkan kepada teman lelakinya.

Agensi

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan teman lelaki Aurelia mendukung Luz, dipercayai membawanya ke sebuah rumah kosong sebelum dia dirogol dan dibunuh.

Tidak sampai 24 jam kemudian, mayat kanak-kanak tidak berdosa itu ditemukan oleh penduduk setempat di lokasi kejadian dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.

Laporan perubatan yang dikeluarkan hospital memaklumkan, kanak-kanak perempuan itu dilemaskan sebelum dirogol.


Penduduk setempat kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan ibunya ditahan bagi membantu siasatan.

Foto: Agensi

Ketika disoal siasat, Aurelia mengakui menjual anak perempuannya kepada teman lelakinya untuk mendapatkan bekalan kokain.

Pada mulanya, wanita itu cuba berdalih dengan menyatakan anak perempuannya hilang ketika tidur sebelum mengaku salah.

Tidak lama kemudian, teman lelakinya juga ditahan dan turut mengaku merogol serta membunuh kanak-kanak tersebut.


Foto: Agensi

Polis memaklumkan, ketika ditahan, Aurelia dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah.

Mayat Luz kemudiannya dikebumikan dengan dihadiri kira-kira 300 orang dan rumah kosong yang menjadi lokasi kanak-kanak itu dibunuh dibakar oleh penduduk setempat. -CARI

Sumber:Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 28-4-2023 09:52 PM
babi nya setan ni..setan nya babi ni
Quote Buritan 28-4-2023 10:18 PM
Masuklaa syurga la ko dik.. jd bidadari kat sana.. kat Dunia ko tidak dihargai
Quote Antifake 29-4-2023 12:07 AM
Ni ibu hantu namanya
Quote sharlenetexas 29-4-2023 12:09 AM
Di manakah terletaknya ASUNCION?

Quote OyaTonggek 29-4-2023 12:27 AM
celaka nya pasangan ni..semoga mampos
Quote Tinot7 29-4-2023 08:25 AM
sharlenetexas replied at 29-4-2023 12:09 AM
Di manakah terletaknya ASUNCION?

Capital of Paraguay
Quote koko2 29-4-2023 09:40 AM
kes mcm ni pernah jadi kat ganu tahun 2014..masuk buletin utama..maknya jual anak pompuan umo 3 tahun gak kat kengkawan lelaki sbb nk beli dadah sintetik..

kawan lelaki @ tokan/pusher bawa budak tu jenjalan dgn keta myvi putih ( kalo tak silap berita kat tv) sebelum di bawa ke rumah kosong dan di KEKAH bergilir2 oleh geng2 lelaki tersebut hingga mati..budak tu PATAH paha dan tulang punggung yaa..

PENGSAN mak sedara budak tu bila dpt tau berita ni...tak tau la camana MAK budak tu la ni...idop lagi kah??
Quote koko2 29-4-2023 09:43 AM
sapa ingat lg berita ni?..aku kemurungan bila dgr berita ni kt TV..dah la baru lepas beranak 14 hari time tuuu...stress tak pasal2..
Quote Suchi 29-4-2023 10:34 AM
Edited by Suchi at 29-4-2023 10:39 AM
koko2 replied at 29-4-2023 09:40 AM
kes mcm ni pernah jadi kat ganu tahun 2014..masuk buletin utama..maknya jual anak pompuan umo 3 tahu ...


yg kat umah kosong kat paka/dungun tu kan?

Tak silap anak dia tak kena rogol tp kena dera/pijak sbb nak kuarkan dadah.
Kekdahnya maknya tu mmg pompuan yg tak semenggah laa taktaula anak tu sah taraf ke idak.
Anak dia tu kawan2 dia tu jaga kot ke cemana tah pastu budak tu tertelan pil kuda rasanya.
So depa taknak rugi laa nak amik balik pil tu yg dorang buat mcm2 nk bg pil tu keluar.
Camtu laa lebih kurang. Nnt iols semak balik berita inih. Penah ada thread kt sini dulu.
Yg pasti umah kat paka tu mesti dah ada org duduk kan skrg ni sbb masa kejadian tu umah2 tu dah siap cuma org blm duduk je lagi.
Quote Suchi 29-4-2023 10:38 AM
Btw kes ni lebih kurang kes yg jd US masa krismas.
Hat tu mak dia taik dadah dah bercerai ngn suami dia. Hak jagaan suami yg dapat, mak cuma diberi lawatan je tak dibenarkan bermalam.
Tp masa krismas maknya merayu2 ngn si bapa minta dibenarkan bawa blk ank dia tu utk bmlm. Yelaa lagipun krismas kan. So si bapa terpedaya ngn janji bulan bintang ex wife tu.
Tak sampai 24 jam pun dia amik dr rumah ex laki tu, anak dia dh mati kat tgn pedofilia.
Rupanya taktik mak dia je nk amik anak dia tu sbb nk pi jual kat pedo yg baru je kuar penjara.
Mak dia nk beli dadah.
Pedo tu plak dapat je budak tu terus la makan sampai mati budak dia kerjakan.
Quote Decaffeinated 29-4-2023 03:20 PM
Jauhnya TT cari bahan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051100 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top