CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Dihon, Pemandu Myvi Acu Pistol Di Kepala Penunggang Motor Di Melaka

28-4-2023 08:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1648| Komen: 17

MELAKA – Seorang pemandu Perodua Myvi dicekup oleh orang ramai selepas mengacukan sepucuk pistol di kepala seorang penunggang motosikal gara-gara tidak berpuas hati dihon mangsa di hadapan Melaka Mall.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai mekanik bagaimanapun berjaya merampas senjata terbabit selepas bergelut dengan suspek berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pergaduhan berlaku apabila suspek yang menaiki Myvi dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Lebuh Ayer Keroh menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX membunyikan hon dan menjerit ‘Hoi!’ kepada suspek.

Foto: Kosmo

“Suspek mengarahkan mangsa berhenti di hadapan Melaka Mall dan telah memarahinya menggunakan bahasa yang tidak difahami sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dari keretanya.


“Suspek kemudian mencekak belakang leher mangsa serta mengacukan senjata itu di kepala kirinya, namun mangsa telah bergelut dan berjaya merampas senjata berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian cuba melarikan diri dengan kenderaannya, namun berjaya dicekup oleh mangsa dan orang awam di tempat kejadian.

Ujarnya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani pengawasan (PS) di Balai Polis Bukit Baru sejak 1 November 2021 sehingga 1 November depan atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil soal siasat, suspek mengakui dia telah membeli senjata berupa pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB itu daripada rakannya dan kini pihak polis sedang mengesan individu terbabit untuk siasatan lanjut.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau,” katanya.

Christopher berkata, hasil saringan ujian air kencing suspek bagaimanapun negatif dan kini ditahan reman selama enam hari di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1)(a)Akta Senjata Api 1960.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-4-2023 09:00 PM
Akak memang suka makan mihon hailam nyum nyum nyum
Quote matamata 28-4-2023 09:25 PM
Tunjuk Samseng dgn keturunan Hang Jebat
Quote Innrukia 28-4-2023 09:28 PM
berani sungguh la mamat tu pistol kat kepala pun boleh lawan & rampas balik.
bukan kaleng-kaleng nih. Ilmu apa yg dia ada ni
Quote insulin 28-4-2023 09:38 PM
Innrukia: berani sungguh la mamat tu pis ...
Agaknya dia tahu yang suspek tu rasa ragu2 untuk lepaskan tembakan. Itu yang dia nekad rampas pistol suspek.
Quote airfilterkotor 28-4-2023 09:38 PM
Keje mekanik.
Jari² tangan memang kuat dan kasar la... takde hal punya.
Quote Innrukia 28-4-2023 09:44 PM
insulin replied at 28-4-2023 09:38 PM
Agaknya dia tahu yang suspek tu rasa ragu2 untuk lepaskan tembakan. Itu yang dia nekad rampas pisto ...

itu yg hakak kata, bukan kaleng2. 5 pancaindera yg superb
Quote mejaputih 29-4-2023 07:36 AM
Mangsa keturunan hang jebat...
Quote Belibis 29-4-2023 08:34 AM
Dah kena 39b kk pun bebas merayap macam lipas..patut kurung jer la sampai habis kes.
Quote pekanwoohoo 29-4-2023 09:00 AM
Bagi lagi orang berkait dadah ni bebas, rasakanlah akibat dia. Kalau betul-betul nak perangi dadah, sesiapa yang terlibat tu hukum mati jelah terus.
Quote Samerosie 29-4-2023 09:06 AM
Curious pula apa bahasa dia guna maki mangsa sampai org tak faham.  Bahasa tiktok kah
Quote JunkMail 29-4-2023 09:54 AM
Ni apahal main rahsia rahsia nama suspek .  Cakap je lah supaya kami semua boleh tau bangsa apa yang cakap bahasa tak difahami tu? Siam ke Myanmar ke Latino ke apa? Cer bagitau..
Quote kotakbaju 29-4-2023 10:02 AM
Innrukia replied at 28-4-2023 09:28 PM
berani sungguh la mamat tu pistol kat kepala pun boleh lawan & rampas balik.
bukan kaleng-kaleng nih ...

Boleh jadi ada ilmu persilatan tu.
Quote antikorok 29-4-2023 01:41 PM
Bahasa yg tak difahami??? Bukan Malayo letewwww
Quote antikorok 29-4-2023 01:55 PM
Edited by antikorok at 29-4-2023 02:00 PM

"Don't mess with Melaka (Jangan cari pasal dengan Melaka)”


Lain kali jangan cari pasal dengan orang melaka HAWAU..HAWAU...HAWAUU
[fbvlink]https://www.facebook.com/watch/?v=1462567940517990[/fbvlink]
Quote Decaffeinated 29-4-2023 01:59 PM
serta mengacukan senjata itu di kepala kirinya

Selama berkecimpung dalam porum aku cuma tahu ada kepala atas dan bawah ja. Tak tau pulak ada kepala kiri

Quote rogayahtop 2-5-2023 10:43 PM
myvi putih plat J ke? dekat btho rumah makcik akak ni pun ada sebijik dah lama tak nampak kereta dan pemandu bermasalah.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049625 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top