CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan 2 Tapi Satu Saja Kes Kematian Akibat Strok Haba Di Kelantan

28-4-2023 08:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1111| Komen: 11

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya satu kes kematian akibat stok haba di Kelantan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun.

Manakala hasil siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati kematian bayi berusia 19 bulan yang dilaporkan media bukan disebabkan strok haba sebaliknya akibat kelesuan haba atau severe dehydration with underlying sepsis.



Gambar hiasan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pemantauan KKM sehingga hari ini mendapati terdapat lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di negeri Sarawak, melibatkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.

“Dua kes lagi dilaporkan di negeri Kelantan, melibatkan satu kes kelesuan haba dan satu kes strok haba yang menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia semalam selepas dipercayai akibat strok haba.


Muhammad Radzi berkata, pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan kurang minum air boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, golongan warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Jelasnya, gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah seperti sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan, rasa mual.

Beliau berkata, keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.

Sehubungan itu, KKM mengingatkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri atau bercuti ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Rancang aktiviti beraya atau ziarah dan elakkan waktu puncak cuaca panas antara pukul 11 pagi hingga 4 petang serta banyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga sekurang kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.

“Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak baik untuk hidrasi badan,” katanya.

Selain itu, katanya, golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas, perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta mengawasi gejala keletihan dalam kalangan golongan itu kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari.

Katanya, orang ramai dinasihatkan kerap mandi bagi menyejukkan badan serta mengelakkan memakai pakaian tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

“Hadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas, hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas.

“Gunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas; gunakan kipas atau penyaman udara untuk menyejukkan badan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-4-2023 08:26 PM
Hanya tu yang tak menahan tu
Quote sharlenetexas 29-4-2023 01:21 AM
Dua2 berkaitan haba.


Quote mawarika 29-4-2023 02:20 AM
Sama la tu.. alahai
Quote Jiddin 29-4-2023 12:07 PM
So, betul la tindakan budak yg ngadu rumah yg dia pi tu hot like desert. Mmg panas khuens
Quote antikorok 29-4-2023 01:00 PM
Edited by antikorok at 29-4-2023 01:05 PM

HANYA seorang jahhhh katanyehhhhh.... Bila mengkelaskan kematian kepada dua punca berbeza seolah2 nampak sikit la statistik kematian tu walaupun dua2nya berkaitan haba???? Sama mcm kematian akibat air soci terpaling tuhhhh yg selamanya sok suchi murni yg berapa persen jahhhh kematian diletakkan dlm report berpunca akibat kesan langsong menantang tuh tapi kematian lain dikelaskan akibat faktor tak langsong?????? Gituhhhhh kehhh???!
Quote LoveSungmin 29-4-2023 01:18 PM
apa beza strok dengan kelesuan haba?
Quote Decaffeinated 29-4-2023 02:37 PM
lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di negeri Sarawak, melibatkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.

Eh babi ko ingat ummah kesah ka pasal fancy terminology ni?
Quote Jajabeans 29-4-2023 04:48 PM
Betul ke simptom cmtu punca strok haba. Aku penah tgk cite survivor peserta kena strok haba sb main game tgh2 panas. Dorg beramai2 tak sedarkan diri, nafas tercungap2.. muka kemerahan. Sume org panik, doc Mai siram air kt badan, monitor heart beat semua bg minum air. Scary betul
Quote Lagubestbest 29-4-2023 08:21 PM
biasalah kkm bila depa datang ilham buat pandai.
Quote pu3_rania 30-4-2023 07:13 AM
Lagubestbest replied at 29-4-2023 08:21 PM
biasalah kkm bila depa datang ilham buat pandai.

Wellll KKM dengan statement membongak dan konar baring berpisah tiada semenjak wujudnya Covid lagi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038115 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top