CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Bandar Dah Ada 16 Anak Kahwini Pelajar Berusia 16 Tahun

28-4-2023 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 692| Komen: 5

Seorang datuk bandar Brazil yang pernah berkahwin sebanyak enam kali dan memiliki 16 anak, berkahwin dengan naib juara pertandingan ratu cantik berusia 16 tahun.

Daily Star melaporkan, Datuk Bandar Araucaria, Hissam Hussein Dehaini, 65, mengahwini Kauane Rode Camargo bulan lalu.


Camargo merupakan pelajar sekolah menengah dan pada tahun lepas, dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Araucaria dalam kategori remaja serta mendapat tempat kedua. Beberapa laporan menyatakan, gadis itu berusia 16 tahun sehari sebelum perkahwinannya.


MinutoUno

Bagaimanapun, datuk bandar berkenaan kemudian meletak jawatan selepas perkawinannya dikritik hebat.

Dehaini berkahwin buat kali pertama pada tahun 1980 iaitu sebelum ibu gadis tersebut dilahirkan.

Portal berita Metropoles mendedahkan bahawa bekas datuk bandar itu mempunyai 16 orang anak, seorang daripada mereka telah meninggal dunia.


Menurutnya, pada tahun 2000, Dehaini telah dihadapkan kepada Suruhanjaya Siasatan Parlimen (CPI) berkaitan tuduhan pengedaran dadah. Lelaki tersebut mengisytiharkan dirinya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengedaran dadah kepada CPI.

Dahaini bagaimanapun didakwa bertanggungjawab menyelenggarakan makmal penapisan dadah, melindungi pengedar dan membayar polis untuk melindungi mereka.

Sehari selepas perkahwinannya pada 12 April lalu, ibu Kauane, Marilene Rode, 36, dilaporkan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kebudayaan Araucaria. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 29-4-2023 11:50 AM
Tycoon tak geran la boleh dpt bini umo 16
Quote Decaffeinated 29-4-2023 03:21 PM
Sukati dialah yang penting dia takde bini

Quote Tinot7 30-4-2023 03:21 PM
Hat poremer lelaki suka la laki tua dpt pompan muda bergetah.. eww sgt..
Quote sharlenetexas 30-4-2023 03:46 PM
Macam tin paduka senduk pose penanggal.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.169584 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top