CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

King Gaduh Dengan Vellfire Masa 'Jem', Siap Baling Botol Tapi Tak Lepas

28-4-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1905| Komen: 24

Tular video menunjukkan pemandu Perodua Myvi dipercayai cuba membuli pengguna jalan raya lain dengan menekan brek secara berkali-kali sambil diekori rapat oleh pemandu Toyota Vellfire.


Twitter

Menerusi video yang dikongsikan @Jnmalaysia di Twitter, pemandu Myvi berkenaan dilihat cuba membaling botol ke arah kereta Toyota Vellfire selepas menukar ke laluan tengah.

Dia kemudian memberi isyarat lucah sambil memaki ke arah kenderaan Vellfire berkenaan.

Tidak pasti punca pergaduhan tersebut, namun lokasi kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan semasa perayaan Aidilfitri, baru-baru ini.



Insiden itu turut mendapat perhatian orang ramai dengan rata-ratanya meninggalkan pelbagai komen yang tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua pemandu terbabit.



Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 28-4-2023 07:06 PM
mabuk lemang tupat kut, masuk air ke kepala memasing

hat yg rakam ni, dgn anak tak duk child seat, at least buckle up pun takpe.. kang break mengejut, anak terbang mcm suparman atas jalan

Quote Perwira2022 28-4-2023 07:20 PM
Biasalah, B40
Quote Samerosie 28-4-2023 07:31 PM
La ingat ada brani last2 baling botol ja ka...
Quote airmineral 28-4-2023 08:01 PM
pompuan ke org dlm myvi tu?
hujung² tjk perangai pengotor sbb buang sampah merata²
Quote Radzor 28-4-2023 08:36 PM
biasa sbb bawak selowww belah kanan pastu ego tanak masuk lane kiri taraf b40
Quote noor2 28-4-2023 08:37 PM
Teruk betul driver myvi tu...belum bawak vellfire lagi tu
Quote akies 28-4-2023 09:22 PM
Kete yg iols rasa paling menyerlah di jalan raya iaitu myvi dgn vellfire.
Quote airfilterkotor 28-4-2023 09:46 PM
Cermin belakang King black out gelita,
bila dia brek, 3rd brake light macam tak wujud.
Tak eran wellfire kat belakang tu nyaris nak menyondol.
Astu, King ingat orang blakang acah² dia plak...  emm elok ler tu.
Quote bungarose 28-4-2023 09:56 PM
Jahat nyer peel driver myvi
Selayaknyer ler ngko pakai myvi ajer
Quote insulin 28-4-2023 10:02 PM
Kalau accident pastu melibatkan orang lain, kan dah menyusahkan tu. Hmmm
Quote Kangkung1M 28-4-2023 10:20 PM
akies replied at 28-4-2023 09:22 AM
Kete yg iols rasa paling menyerlah di jalan raya iaitu myvi dgn vellfire.

Haha best Myvi ni, kereta kompak tapi berbisa!

[ig]https://www.instagram.com/reel/Crf2ZkGtaLn/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote akies 28-4-2023 11:48 PM
Kangkung1M replied at 28-4-2023 10:20 PM
Haha best Myvi ni, kereta kompak tapi berbisa!

Itulah. Sorang pun tkde tolong myvi ni.
Gagah dia nak keluarkan kete dr tebing tu sampai terkopak habis
Quote anony-mous 28-4-2023 11:55 PM
Apa yg susah sgt nk bg laluan? I klau gini bg je vellfire tu lalu. Xsuka org cucuk2
Quote sharlenetexas 29-4-2023 12:05 AM
Pemilik bideo ni tak sayang anak ke?

Quote mawarika 29-4-2023 02:26 AM
Sakit hati betul b40 dgn vellfire dah Alphard. Apa yg bernanah sgt golongan ni dgn kete besar? Mindset semua nak mengutuk asal bawak vellfire, bmw belagak.. wth man.
Quote che-cikL 29-4-2023 12:58 PM
Yg baling botol tu tak belajar vector
Quote fortiori13 30-4-2023 04:06 PM
Amalkan la sikap sabar bila memandu & memandula secara berhemah...
Quote kucingitam 3-5-2023 12:13 PM
aku tak nampak plak vellfire mcm cucuk..yg myvi  pun jarak dgn kereta depan dah macam lautan hindi pahal..penyebab jem panjang gini la...kalau maintain speed takde brek2, yg belakang2 pun takde nak kejap2 brek kejap2 brek.. sudahnya sampai kereta paling blkg stop terus
Quote renko 3-5-2023 01:23 PM
baling kena keta sendiri
org rakam lak tu
hahahaha malunya

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.148654 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top