CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Amri Buat Hal

28-4-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 949| Komen: 6

Polis menahan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) malam tadi kerana menggunakan nombor pendaftaran nama sendiri.

Pelajar berusia 20-an itu ditahan dalam dalam Operasi Khas Motosikal (Op Khas Motosikal) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023, kerana mengubah suai nombor pendaftaran kepada nama sendiri 'AMRI 329'.



MOTOSIKAL yang ditahan ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran menggunakan nama sendiri. FOTO Ghazali Kori

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, pemuda itu antara individu yang menerima notis saman sepanjang Op HRA bermula 18 April lalu hingga semalam.

"Sepanjang tempoh Op HRA 2023, secara keseluruhan JPJ mengeluarkan sebanyak 1,234 notis saman sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023 dan jumlah itu meningkat berbanding operasi sama tahun lalu iaitu 1,040 notis saman," katanya selepas mengetuai operasi, di sini, malam tadi.


Menurutnya, seramai 172 pegawai dan anggota JPJ Terengganu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi malam tadi.

Katanya, selain notis saman, pihaknya turut menyita 20 kenderaan termasuk lima motosikal yang ditunggang warga asing.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 28-4-2023 06:50 PM
kauuu dah kenapa amri?
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2023 08:55 PM
Tolol amri tersenyum sinis
Quote imransulaiman 28-4-2023 11:59 PM
AMR 1329 kot...
Quote sharlenetexas 29-4-2023 12:04 AM
Cerdiknya lahai.

Quote rogayahtop 2-5-2023 11:04 PM
suka beno plat2 unik ni. akak kalaui boleh tiap2 hari nak plat lain2 senang nak hon2 driver2 lembab otw g keje.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.134596 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top