CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Perlu Ragu Arah Kiblat Masjid, Surau Di Selangor - MAIS

28-4-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 300| Komen: 3

Arah kiblat masjid dan surau sedia ada di Selangor telah disemak dan diperakukan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa arah kiblat di negeri itu tidak perlu diragui.


Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan hari ini berkata badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.


Gambar hiasan

Beliau berkata Jabatan Mufti negeri itu juga sentiasa memberikan pencerahan dan hebahan dari semasa ke semasa berhubung kaedah penetapan arah kiblat kepada masyarakat melalui laman web serta media sosial atau program pencerahan yang dilaksanakan jabatan itu.

"Penentuan arah kiblat yang dilaksanakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat.


"Isu berhubung penentuan arah kiblat ini juga mendapat perhatian serius Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu mana-mana pihak termasuk media membuat laporan kurang tepat yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat dan mencalarkan imej Islam," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian susulan laporan Berita Harian bertarikh 24 April lepas yang menyatakan '40 peratus arah kiblat Lembah Klang tersasar', berdasarkan pernyataan daripada Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS).   




Katanya tajuk laporan akhbar tersebut adalah kurang tepat dan tidak menggambarkan perkara sebenar serta menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam khususnya di Selangor, dan MAIS telah meminta penjelasan berhubung perkara tersebut daripada pihak PAFNS.

"MAIS menegaskan laporan akhbar tersebut hanya merujuk kepada penentuan arah kiblat rumah kediaman sahaja, berdasarkan permohonan khidmat penentuan arah kiblat bagi rumah kediaman yang diterima oleh PAFNS.

"Laporan tersebut sama sekali tidak berkaitan dengan penentuan arah kiblat masjid dan surau di Selangor," katanya.

Beliau berkata MAIS juga menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan keliru dengan tajuk yang dipaparkan dalam laporan akhbar tersebut dan diingatkan agar merujuk terus kepada pihak MAIS berhubung pengesahan sesuatu perkara berkaitan pentadbiran agama Islam.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 28-4-2023 08:08 PM
Saman jer la..boleh buat duit tuuu.
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2023 08:30 PM
Ujung-ujung @kechikchomel tersenyum sinis  Masjidil Al-Falah yang baharu tu menghala sembah arah qubur, no wonder separuh mati nak dapatkan dana RM4.7 juta, qiblat sembah qubur rupanya!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.030390 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top