CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 7 Tahun Maut Tertembak Di Kepala Ketika Main Dengan Rakan Di Keningau

28-4-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1037| Komen: 13

Keterujaan kanak-kanak bermain dengan rakannya berakhir dengan tragedi apabila maut terkena tembakan senapang buatan sendiri.

Dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan pada Isnin lalu, budak lelaki berusia tujuh tahun itu terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim mengesahkan pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu terkena tembakan di bahagian kepala daripada senapang buatan sendiri jenis 'pump gun' oleh rakannya yang bermain bersamanya.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.


Katanya lagi, susulan kejadian itu seramai tujuh individu telah ditahan dan satu senjata api turut dirampas untuk siasatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 28-4-2023 06:41 PM
Senapang buatan sendiri tu maksudnya org dewasa buat sendiri senapang tu?
Quote plywood 28-4-2023 06:57 PM
mejaputih replied at 28-4-2023 06:41 PM
Senapang buatan sendiri tu maksudnya org dewasa buat sendiri senapang tu?

buat sendiri. biasa untuk memburu dihutan..


ini kesilapan orang yang ada senjata ni.. biarkan anak-anak main senjata api dan kesilapan besar ialah simpan ditempat kediaman... merasalah tinggal dipenjara

Quote mejaputih 28-4-2023 06:58 PM
plywood replied at 28-4-2023 06:57 PM
buat sendiri. biasa untuk memburu dihutan..



Dah mcm kat US kanak2 main senjata kepunyaan org dewasa akibat tak simpan di tempat yg disorok.
Quote pooh~key 28-4-2023 07:03 PM
Entahlah mungkin sebab akak hidup dalam keadaan tak ada siapa pun nak faham kenapa akak single, maka akak susah nak rasa kesian kat budak 7 tahun ni mampos ditembak sebegitu sissy.
Quote Skuau 28-4-2023 08:04 PM
Edited by Skuau at 28-4-2023 11:36 PM

main bakakok ke tu?
Quote awanearisu 28-4-2023 10:39 PM
Salam takziah. Mati anak orang dek kecuaian  orang dewasa.
Quote kepompong 28-4-2023 11:06 PM
senapang buatan sendiri rupa bentuk camne… ada peluru hidup ke… peluru tu beli ke … atau buat sendiri juga????
Quote sharlenetexas 28-4-2023 11:30 PM
Another level budak ni. Ko belajar dgn sape dik?

Quote darkness 28-4-2023 11:33 PM
Jauh pedalaman ni...hantar klinik pun dekat klinik kesihatan nabawan.
Quote Jitu 28-4-2023 11:34 PM
budak2 umur mcm tu bkn tahu apa
ingat mainan
Quote fortiori13 30-4-2023 03:50 PM
Camna budak tu leh ada akses kpd senapang tu in the 1st place. Kan ada sop camna nak simpan pistol/senapang dgn selamat, bnd2 gini tak sepatutnya jadi kalau simpan ikut sop..
Quote grouper 30-4-2023 03:54 PM
Edited by grouper at 30-4-2023 03:56 PM

Belah borneo mmg byk org kg pakai bakakok..tapi klau polis tau mmg kena rampas..biasa yg tinggal jauh pedalaman je yg pakai utk berburu n jaga keselamatan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036715 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top