CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ugut Nak 'Ajar Bang Non' Dengan Mercun Ditahan

28-4-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 363| Komen: 4

Berikutan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Binjai jam 10.30 malam semalam.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan polis Kontinjen Kelantan mengesan ciapan berkenaan kira-kira 12 tengah hari yang berbunyi 'boleh pasang nanti bang Non Mai Klate, kasi ajar sikit' sambil memegang mercun bola.



Katanya, ciapan itu dimuat naik pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak@apanakdikato.

"Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasil pemerhatian mendapati sumber asal posting dimuat naik oleh suspek di TikTok @najibnafi99, walau bagaimanapun semakan mendapati video itu sudah dipadam.

"Bertindak atas laporan polis yang diterima, tangkapan dibuat ke atas suspek," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.


Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari yang bermula hari ini sehingga 30 April ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 28-4-2023 07:09 PM
IMG_20230421_203353.jpg
Quote alieyrina 28-4-2023 07:13 PM
Lainkali yg main ugut2 ni boleh tak bleklist dr dpt apa2 bantuan gomen kalau ada
Quote rogayahtop 2-5-2023 11:18 PM
elok2 boleh main mercun bola kat luar, nak jugak main lato lato kat dlm.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043278 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top