CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina Banglo Khas Untuk Kucing Kayangan Tinggal

28-4-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 499| Komen: 1

Reka bentuk rumah kucing seperti banglo mewah mencuri tumpuan orang ramai.

Menerusi perkongsian Reen Zul Rich di media sosial, reka bentuk rumah berwarna putih dan kelabu serta dilengkapi ‘water fountain’ (pancuran air) itu tidak disangka, merupakan rumah yang dibina khas buat kucing tersayang.


Bukan itu sahaja, kesemua kucing miliknya kelihatan selesa sambil bersantai di rumah mereka ketika didatangi beberapa individu lain.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai teruja dengan saiz rumah kucing berkenaan yang sangat besar kerana dilihat seperti rumah permainan untuk kanak-kanak.




“Kucing pun dah ada rumah. Saya yang kerja siang malam ni pun masih lagi tak dapat nak beli rumah,” seloroh Zeyka Zahira.

“Kucing duduk rumah banglo. Aku hanya mampu duduk rumah teres sahaja. Tak apalah, rezeki masing-masing.

“Kaya betul majikan (kucing) sekarang, bukan biasa-biasa. Berpeluh bibik nak sediakan macam-macam. Belum lagi mengemas banglo majikan,” komen Jayla. -CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.110821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top