CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beraya Di Rumah Orang, Anak Merungut Panas Macam Gurun

28-4-2023 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3804| Komen: 90

Seorang individu mengakui terpaksa 'mengajar' anaknya kerana lantang membuat rungutan yang memalukan tuan rumah.

"Semalam singgah beraya rumah makcik, rumah dia tidak ada penyaman udara.


"Si kecil tiba-tiba cakap depan tuan rumah 'this house is so hot like a desert' (rumah ni panas sangat macam gurun).

Gambar Hiasan

"Di situ juga serta-merta kena jentik bibir dia, itu biadab namanya. Lepas kena jentik, kena sound terus suruh dia minta maaf.

"Biar anak menangis, asalkan jangan anak kita tiada adab," luahnya.

Ciapan yang dibuatnya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya selepas dikongsikan semula oleh seorang pelayar Twitter dengan kapsyen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki terbabit menghukum anaknya yang bersikap biadab yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah.




"Betul. Kena jaga adab. Dari kecil kena pupuk dan semai sikap.

"Memang patut pun... mak ayah sekarang, anak kurang ajar atau meloncat-loncat di rumah orang pun tak larang. Setakat cakap 'dont dont' (jangan jangan).

"Setuju. Tak salah pun nak punish physically (hukum secara fizikal) supaya dia ingat sampai bila-bila. Lagipun perkara yang dia cakap mungkin dia belajar melalui media sosial atau internet," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, segelintir warga maya tidak bersetuju dengan tindakan tegas terbabit yang dianggap kasar serta memalukan anak-anak.

"Apa yang berkesan untuk saya ialah bercakap dengan anak seperti dia sudah dewasa, respek dan terangkan kepadanya tentang kesalahan yang dia lakukan. Ia menjadi walaupun dia baru berusia dua tahun. Tiada perlu penderaan fizikal atau memalukan di khayalak ramai.

"Banyak cara nak ajar anak-anak, kalau rasa ajar secara fizikal silakan. Kalau laki aku buat macam tu, memang gaduh besar sebab aku percaya otak anak-anak kecil ni senang serap perkara yang diajar," komen netizen yang lain.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 28-4-2023 03:38 PM
wow speaking tu,

tp ok la at least parents ajar juga la,

dulu ada anak sedara aku belajar cakap

bodo babi , tiba2 mak dia jentk mulut haha
hehe tp aku anggap kiut tul , mujo takde camera fon masa tu,

tp tu la tak boleh di biasa kan, nasib baik mak dia jentik

tp mak dia cakap dia sejak antar rumah baby sitter dia jd camtu haha
Quote Thunderclouds 28-4-2023 03:50 PM
Yawnnnnn~~
Next!
Quote Samerosie 28-4-2023 07:17 PM
Like a desert?  Mmm ryan ryan cum here dun run ...
Quote iman_kasih 28-4-2023 07:24 PM
Cuaca memang panas pun sekarang. Mujur la budak ni tak meragam. Kalau tak lagi pening mak ayah.
Quote cmf_jeangrey 28-4-2023 07:49 PM
Berapa umur budak tu? Kalau kecik lagi x payah la jentik depan org ramai..merudum nanti self esteem dia..cakap je lah elok2 apa yg baik apa yg tak..lainlah kalau dah ajar byk kali masih x beradab tu lain cerita
Quote cap_ayam 28-4-2023 07:51 PM
Budak tu menyuarakan pendapat dia je. Mana tau dari lahir je beraircond. Tetiba pegi rumah orang takde aircond memang la dia rasa rimas
Quote krustykrab 28-4-2023 07:57 PM
Dh tau panas litlit ko bwk jgk anak² kulukilir beraya..bila dia cuba being honest ko jentik pulak..
Quote Firenzza 28-4-2023 08:43 PM
Kira budak tu beradap lg....klau dia ckp this house is so hot like hell......mesti bapaknya yg ngajor ckp bkn2
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2023 08:46 PM
Gurun Kedah tersenyum sinis
Quote blue_blur 28-4-2023 08:46 PM
Firenzza replied at 28-4-2023 08:43 PM
Kira budak tu beradap lg....klau dia ckp this house is so hot like hell......mesti bapaknya yg ngajo ...

baru nak cakap menda sama.... memang salah makpak dia la kalau cakap macam tu...
Quote clarizsa 28-4-2023 09:02 PM
Budak tu x salah pun
Dah memang panas pun nak jentik2 dh kenapa
Umah kg mmg panas cm neraka dunia pun
Mujurla anak dia x kata “why are we in hell?” Gitu
Acah2 je marah anak kunun , ntah2 budak tu cuma ulang balik apa yg dia pernah dgr makpak dia kata je
Pfftt
Quote amyza 28-4-2023 09:13 PM
Risau betul kalau anak mulut capoi, terus jadi segan dgn tuan rumah.
Quote faraway1 28-4-2023 09:15 PM
Kena buat cam diri ku ini..

Tiap kali balik Malaysia, awal awal bagitau my daughter yang rumah atuk Wan tak sama cam rumah dia...

So dia ready ????????????
Quote Suchi 28-4-2023 09:20 PM
Bebudak biasanya jujur je dan tak reti nak berkias.

Penah dulu2 pi beraya umah kawan, dia buat open house la.
Baru je duduk kat sofa, anak iols terus tunjuk kat kipas yg stand tu. Dia kata debu banyak sangat.
Adoi, taktau la kawan iols perasan ke tak, dah tu anak iols takmo lak kalih pandangan. Tak abis2 dia nk bitau pasal kipas tu huhuhu.
Quote gideoncross 28-4-2023 10:05 PM
cmf_jeangrey replied at 28-4-2023 07:49 PM
Berapa umur budak tu? Kalau kecik lagi x payah la jentik depan org ramai..merudum nanti self esteem  ...

Kat FB bnyk komen2 dri jejantz Mulayu Melesia yg sllu ngaku d pukul truk oleh makpak msa kcil tpi dh bsr jdi mnusia.
Quote gideoncross 28-4-2023 10:06 PM
clarizsa replied at 28-4-2023 09:02 PM
Budak tu x salah pun
Dah memang panas pun nak jentik2 dh kenapa
Umah kg mmg panas cm neraka dunia pu ...

Budak2 kcil mmg jujur, jdi kita yg org dwsa kna brhti2 bila brkta2 dpn dorg.
Quote gideoncross 28-4-2023 10:07 PM
krustykrab replied at 28-4-2023 07:57 PM
Dh tau panas litlit ko bwk jgk anak² kulukilir beraya..bila dia cuba being honest ko jentik pulak.. ...

Silp hribuln makpak dh cerca dri awl yg rumah tu pnas, jdi anak kcil yg trdngr, dia repeat je tnpa mngthui apa mkna nya.
Quote insulin 28-4-2023 10:13 PM
Kira ok la apa yang budak tu kata. Honest dan betul. Mujurlah dia tak kata" Why the fcuk are we visiting this hell?" Haaa. Mau ternganga mulut kau. Haha.
Quote ninja boy 28-4-2023 10:19 PM
Pergi beraya pagi 9.30-11

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.091495 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top