CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penoreh Berdepan Penjara 30 Tahun, Mengaku Tak Salah Rogol Anak Kandung

28-4-2023 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1098| Komen: 14

Mahkamah Sesyen Raub mendakwa penoreh getah atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya dalam kejadian di Kuala Lipis bulan lalu.

Tertuduh berusia 54 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ahmad.


Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dan kes disebut semula pada 29 Mei depan.


Peneroh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya dalam kejadian di Kuala Lipis bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata, suspek ditangkap pada 20 April lalu dan telah ditahan reman selama 10 hari sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen Raub pada Jumaat.

Menurutnya, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


"Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan, manakala bagi pertuduhan kesalahan amang seksual ke atas kanak-kanak boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan," jelasnya.

Azli berkata, perbuatan lelaki terbabit terbongkar selepas kakak tiri mangsa tampil membuat laporan polis bahawa adik tirinya iaitu anak kandung tertuduh yang berusia 16 tahun 6 bulan telah dirogol.

Beliau menambah, hasil laporan tersebut membawa kepada penangkapan tertuduh oleh pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lipis.

"Siasatan mendapati tertuduh telah merogol dan melakukan amang seksual terhadap mangsa pada 17 dan 18 April lalu di sebuah rumah.

"Seterusnya, siasatan juga mendapati mangsa telah mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sejak berusia 10 tahun dan dirogol ketika berusia 15 tahun. Mangsa tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang dia dan ibunya dipukul.

“Hasil siasatan lanjut terhadap suspek (tertuduh) didapati dia telah mengaku merogol dan mencabul anak kandungnya itu,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

Azli turut menasihatkan orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah dan mengalu-alukan orang ramai membantu dalam menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian jenayah.

"Maklumat orang ramai membolehkan polis boleh menjalankan tindakan lebih tegas bagi mengatasinya pelakuan jenayah," katanya lagi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 28-4-2023 04:11 PM
Sial punya bapak!! Kot dah tak tahan sangat ko cari je la pelacur China doll... Cuma pastikan jam tangan jangan tercicir dalam bilik
Quote BoongaKertas 28-4-2023 04:41 PM
Perwira2022 replied at 28-4-2023 08:11 AM
Sial punya bapak!! Kot dah tak tahan sangat ko cari je la pelacur China doll... Cuma pastikan jam ta ...

penoreh jer chuols, takde duit nak langgan china doll. tgk perut pun tau even china doll pun x selera. ok done bodyshaming jantan keparat ni.
Quote kepompong 28-4-2023 04:48 PM
nasib baik kakak tiri tolong back up adik tiri
Quote kepompong 28-4-2023 04:49 PM
Dah la miskin, naik tangan kat anak isteri, rupa tkde apa pun tkde… rogol anak pulak. Dunia tkde nikmat, akhirat jgn harap
Quote kepompong 28-4-2023 04:50 PM
kesian wife & anak2
Quote kaedahnya 28-4-2023 09:01 PM
kimakhanjeng tulla jantan camni
Quote clarizsa 28-4-2023 09:05 PM
Ntah bila la msia ni nk kenakan hukuman lagi berat ke bangsat perogol anak sndri cmni
Asyik2 kesiankan si bangsat pastu bg hukuman ringan cm buat syarat je
Celaka betul
Quote gideoncross 28-4-2023 10:09 PM
Perwira2022 replied at 28-4-2023 04:11 PM
Sial punya bapak!! Kot dah tak tahan sangat ko cari je la pelacur China doll... Cuma pastikan jam ta ...

Dlu iol prnh trbca kat mjalah Jelita psl sumbang mahram ni, d ktakn bngsa Cina xde nak buat bnda cmni kat family sbb dorg boleh simpan gundik.
Quote gideoncross 28-4-2023 10:11 PM
clarizsa replied at 28-4-2023 09:05 PM
Ntah bila la msia ni nk kenakan hukuman lagi berat ke bangsat perogol anak sndri cmni
Asyik2 kesiank ...

Klau kat threads lalu, kes cmni klau plakunya org muda, msti c plaku mrayu utk d kurangkn hukuman sbb ada makpak brusia yg prlu d jga.
Quote gideoncross 28-4-2023 10:12 PM
kepompong replied at 28-4-2023 04:49 PM
Dah la miskin, naik tangan kat anak isteri, rupa tkde apa pun tkde… rogol anak pulak. Dunia tkde ni ...

Dh xde buat apa2, jdi dlm otak cuma ada hal nak ngeseks je.
Quote ninja boy 28-4-2023 10:15 PM
Tipikal lelaki melayu islam langgan pelacur x mau sbb tiada duit maka pergi merogol sana sini pedo sana sini kanak2 org tua anak tiri,  sampai 1000 org pun x mampu mendidik merepair, balik humban sungai kasi lupus
Quote shernazz 28-4-2023 10:20 PM
Eloklah dikasikan saja perogol2 hanat begini
Quote whimsicalmusic 29-4-2023 12:08 AM
time puasa? mmg setan tu dr dlm diri

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036820 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top