CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Tak Mengaku Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan Johor

28-4-2023 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 776| Komen: 19

Penganggur yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.


Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Indera Mulia’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April.


Gambar hiasan

Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju pada 6 petang, 24 April.

Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 28-4-2023 03:23 PM
Dah tau golongan kayangan xboleh usik. Ko usik gak. Dah kena 10k.
Quote cikatilia 28-4-2023 03:55 PM
kalau kerja pon menggigil nak bayo
inikan plak ko mengangguran
Quote MissVixen 28-4-2023 04:33 PM
Dengki ke lebih relax walaupun dikecam.
Quote BoongaKertas 28-4-2023 04:42 PM
aiyo. duit sape lah yg jd penjamin tu.
Quote capiloton 28-4-2023 05:05 PM
geng2 kerabat dah mengaku jadi bayangan Tuhan di muka bumi,
memang silap besau ler ko pi kacau
Quote Lagubestbest 28-4-2023 05:07 PM
nak kacau, kacau yg kelantan tu ha. tp xtaula kot2 belah sana hantar team lenyapkan terus ke ape kan..
Quote iman_kasih 28-4-2023 05:14 PM
Acik2 bawang kata x payah nak act classy...tapi kalau nak merempan pun tengok la jugak sapa lawan tu dik.
Quote Tokeybundle 28-4-2023 08:05 PM
Dah tau menganggur saje cari penyakit.dah byk sgt masa terluang la tu
Quote Kentot_Wangi 29-4-2023 12:09 AM
Baik ko g cari kerja drpd ko buat mende2 x berfaedah. nyusahkan org nak kena jamin ko plak.
Quote nw111 29-4-2023 06:09 AM
Setiap kali kes menghina ni masuk court, kenapa cuma involved raja nan satu tu je...raja lain tak pernah kena hina ke
Quote otai_g 29-4-2023 07:19 AM
nw111 replied at 29-4-2023 06:09 AM
Setiap kali kes menghina ni masuk court, kenapa cuma involved raja nan satu tu je...raja lain tak pe ...

Raja Nan satu tu ada askar sendiri. Ha raja lain ada?

1 lg kalo Hina rajagobal pastu report polis agak2 apa jd yer?
Quote rogayahtop 2-5-2023 11:01 PM
segala puji-pujian utk raja.
Quote mojarean_X 3-5-2023 12:31 AM
MissVixen replied at 28-4-2023 04:33 PM
Dengki ke lebih relax walaupun dikecam.

Yg berani kecam cuma acik orenn sbb dia IP oversea. IP local fikir 1000 kali pun x berani
Quote mojarean_X 3-5-2023 12:32 AM
Jantan2 melayu ni asal byk sgt menganggur? Umur baru 35 kot asal ko menganggur lps tu sibuk picit2 tepon tulis bkn2.
Quote doridori_hi 3-5-2023 07:27 AM
Baru bulan lepas acik kertu serabai masammm kes hina Raja.  Miskin melarat , bitter sana sini, bukan nk cari jalan ubah nasib, ., ,
Quote syamzana 3-5-2023 07:40 AM
kalau dah tak kerja tu, cuba fikir 40x nak buat apa2 yg melibatkan org lain. dah tau byk hutang/tanggungan, gigih jugak mencuit org. kan dah mendapat...tmbh lagi kosn10k utk jamin keluar lokap. harapnya bkn berhutang lagi la
Quote B40tastePosh 3-5-2023 09:17 AM
Tak faham aku kenapa orang dengki ke kat Kerabat Johor
Quote B40tastePosh 3-5-2023 09:18 AM
mojarean_X replied at 3-5-2023 12:32 AM
Jantan2 melayu ni asal byk sgt menganggur? Umur baru 35 kot asal ko menganggur lps tu sibuk picit2 t ...

Melayu ramai jantan tak guna.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top