Nama Khairy Jamaluddin disebut-sebut bakal bertanding di salah satu kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Sungai Buloh. Ia akan berlaku sekiranya Khairy menerima tawaran Bersatu untuk menyertai parti itu sebelum pilihan raya negeri akan datang.
Seorang pemimpin kanan PAS Selangor berkata, nama bekas ketua Pemuda Umno itu walaupun tidak tersenarai dalam senarai PAS untuk pilihan raya negeri, mungkin termasuk di bawah Bersatu. "Lagipun kita memang menerima baik mana-mana pihak luar yang ingin bertanding mewakili PN dan boleh memberi kemenangan kepada kita. "Malah, jika ada arahan daripada pimpinan Pusat untuk menarik pihak luar untuk bertanding dan memberi kemenangan, kita juga tidak ada masalah untuk itu,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini. Terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilapor menawarkan Khairy bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang jika dia menyertai Bersatu.
Menurut Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, tawaran itu dibuat apabila bekas menteri kesihatan itu melawat rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada Umno. Khairy bagaimanapun tidak menjawab tawaran itu dan meminta sedikit masa untuk membuat keputusan. Sumber: MalaysiaKini
|
cikatilia replied at 28-4-2023 03:53 PM
ish.. kalau KJ tanding under PN nanhado nya aku mau tanda beliau....
no no no PN
kang karat plak ai ...
"Malah, jika ada arahan daripada pimpinan Pusat untuk menarik pihak luar untuk bertanding dan memberi kemenangan, kita juga tidak ada masalah untuk itu,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.
kakikuDibibirmu replied at 28-4-2023 03:29 PM
Antivaksin tersenyum sinis {: ...
ADVERTISEMENT