CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Direman 3 Hari Buat Aksi ‘Wheelie’, Isteri Terlepas

28-4-2023 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2390| Komen: 45

Polis mereman remaja lelaki berusia 17 tahun tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat melakukan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang sebuah motosikal di Jalan Pasir Puteh, Peringat di sini baru-baru ini.


Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Kota Bharu.


Sepasang suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk permohonan reman. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan reman terhadap isteri suspek berusia 16 tahun yang membonceng motosikal ditunggangnya semasa kejadian dengan alasan remaja perempuan berkenaan hanya sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.

Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan aksi pasangan suami isteri membuat aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal.

Kosmo! Online semalam melaporkan, sepasang suami isteri remaja dicekup selepas terlibat dengan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal di Jalan Pasir Puteh, Peringat di sini baru-baru ini.

Suami yang berusia 17 tahun dan isterinya, 16 tahun ditahan semasa mereka berdua menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek hadir ke IPD Kota Bharu selepas dua hari menghilangkan diri apabila diburu polis.



“Sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu menyerbu sebuah rumah di Kampung Machang, Peringat di sini kira-kira pukul 6.50 petang kelmarin selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kedua-dua suspek tiada di rumah berkenaan dan dipercayai telah melarikan diri. Polis merampas sebuah motosikal jenis Honda C-110B yang dinaiki kedua-dua suspek selain sepasang baju melayu dan baju kurung berwarna biru semasa kejadian di rumah tersebut,” katanya.

Tambah Mohd. Rosdi, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 28-4-2023 03:02 PM
Suami isteri ,17 & 16 ??
Makkkaihh. Mudanya la haiii.. spm pun belum
Quote sharlenetexas 28-4-2023 03:15 PM
asfaz replied at 28-4-2023 03:02 PM
Suami isteri ,17 & 16 ??
Makkkaihh. Mudanya la haiii.. spm pun belum

Seluar dalam mak bapak beli.


Quote Suchi 28-4-2023 03:30 PM
Lepas tgk video dorang ni bila nampak org pakai baju raya baby blue asik duk terbayang aksi rempit ni jelaaa
Dgn rambut merah gitu, ntah sekolah ke tidak.
Dahla lagu latar pun rempit juga bunyinya..
Lagu dak2 tiktok selalu guna.

Bini pun ngikut jelaaa yek, tak takut plak tu.
Quote Tinot7 28-4-2023 03:42 PM
Apa hukuman akta tu? Sekadar saman jahh ka ada risiko masuk penjara?
Quote nuryakmal 28-4-2023 03:46 PM
membangun bersama isle.
Quote shi_jewel 28-4-2023 03:47 PM
this is tahi...semoga jgn beranak
Quote cmf_premierleag 28-4-2023 03:49 PM
Kelantan khueen..negeri serambi mekohhh takdok air
Quote zulka 28-4-2023 03:52 PM
nasib sang isteri dapat laki spesis beruk
Quote cikatilia 28-4-2023 03:52 PM
kalau pompuan tu jatuhh

woohhh pastu idup plak kan..
kena la org jaga berpampers bagai
Quote squeeze 28-4-2023 03:53 PM
bodoh!!...xmemasal ke lokap
Quote Mulotkoyak 28-4-2023 03:59 PM
Laki bini muka rempit kampung...xpadan kulit itam rmbut perang mcm org asli peribumi pakistang.
Quote doubleharmonic 28-4-2023 04:06 PM
betul kerr laki bini ni umur 17 & 16 taon? motip kat gambar tu dah rupa pokcik mokcik anak lima jahhh?
Quote matjerk 28-4-2023 05:01 PM
Edited by matjerk at 28-4-2023 05:03 PM

Hari tu ada seorang berjawatan Hakim Mahkamah Syariah... post video kat igs..  yg dia tgh speeding kereta..... beberapa kali plak tu.... beliau jugak ada butik Bawal Exclusive    di Putrajaya dan KT...
Screenshot_20230420-164242_Instagram.jpg
Quote JunkMail 28-4-2023 05:28 PM
Umur 17 dgn 16 laki bini??? Seriuslahhhhh
Quote gam_gajah 28-4-2023 05:54 PM
matjerk replied at 28-4-2023 05:01 PM
Hari tu ada seorang berjawatan Hakim Mahkamah Syariah... post video kat igs..  yg dia tgh speeding k ...

Ohh dia ni hakim ke. Tau dia keje kat mahkamah syariah tapi tak tau jawatan. Dia lepas laki meninggal nmpk lost sikit, dulu nampak humble je
Quote matjerk 28-4-2023 06:04 PM
gam_gajah replied at 28-4-2023 05:54 PM
Ohh dia ni hakim ke. Tau dia keje kat mahkamah syariah tapi tak tau jawatan. Dia lepas laki mening ...

Baru naik pangkat jadi hakim.. dulu pegawai syariah.. rimas tgk hari2 video selfie mcm "cantiknyaaaa aku"
Quote gam_gajah 28-4-2023 06:07 PM
matjerk replied at 28-4-2023 06:04 PM
Baru naik pangkat jadi hakim.. dulu pegawai syariah.. rimas tgk hari2 video selfie mcm "cantiknyaa ...

Hehehe i pun perasan jugak. Nmpk macam tengah gigih cari jodoh baru, ke dah ada bakal? Dulu masa arwah ada lagi, nmpk dia jaga betul pakaian dia, pakai yg longgar2 je. Skrg seluar ketat pun dah pakai.  Trying too hard sgt nk tonjolkan diri sekarang
Quote matjerk 28-4-2023 06:43 PM
gam_gajah replied at 28-4-2023 06:07 PM
Hehehe i pun perasan jugak. Nmpk macam tengah gigih cari jodoh baru, ke dah ada bakal? Dulu masa a ...

Nampak mcm kesunyian membutuhkan belaian lelaki... ye.. pakaian dia x longgar2.. keje bidang syariah . Selfie sambil drive wajib....
Quote hasniey 28-4-2023 06:48 PM
Remaja?isteri???
Ni set2 kahwin muda sbb xnak dosa ke..last2 ko bwk bini merempit

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.317710 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top