Ramai peminat merindui suara penyanyi wanita yang begitu menjaga auratnya. Sekian lama menyepi dari industri hiburan, minat Waheeda Wassini dalam bidang muzik masih belum luntur.
Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya. Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini. Mereka mula mengimbau kenangan zaman Waheeda popular dengan kecantikan dan keayuan penampilannya sopan menutup aurat. Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga. “Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy. “Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. “Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti. Hampir 10 tahun mendiamkan diri, Waheeda kembali mengeluarkan lagu baharu sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu ‘Marhaba Eid’. Menurutnya, lagu yang dilancarkan di laman Youtube dan Spotify itu adalah hasil terbitan syarikatnya sendiri, Clef Empire. Kini bergiat aktif di belakang tabir, penyanyi itu akui dirinya lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu. Belum mempunyai zuriat setelah 10 tahun bernikah, Waheeda tetap bahagia dapat menumpang kasih sayang bersama anak tirinya. Sumber: Murai
|
...namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga...
apalancut replied at 29-4-2023 02:10 AM
maaf la nak cakap. antara lagu raya yang paling tertekan aku dengar. duk zikir marhaba eid marhaba ...
supernaturalee replied at 28-4-2023 04:35 PM
wa sini lu sana
prince_marhaen replied at 28-4-2023 03:33 PM
Hijrah ke uolss.....??? Bukan silent sebab kawin ngan laki orang ke? berkepit dating sana sini sam ...
ADVERTISEMENT