CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Dapat Tawaran Biasiswa RM40 Juta Dari 125 Kolej Dan Universiti

28-4-2023 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 475| Komen: 2

Pelajar sebuah sekolah menengah antarabangsa di New Orleans di Louisiana, Amerika Syarikat, berjaya mengekalkan pencapaian akademik dengan purata mata gred kumulatif 4.98, melayakkan dirinya menerima tawaran biasiswa berjumlah lebih AS$9 juta (RM40.13 juta) dari 125 kolej dan universiti.


The Guardian melaporkan, pegawai sekolahnya  berkata, Dennis Barnes bagaimanapun berharap dapat mengumpul tawaran biasiswa lebih daripada AS$10 juta (RM44.60 juta) dan sedang menunggu jawapan beberapa lagi daripada 200 kolej yang dimohonnya.


Agensi

Katanya, mereka sudah menghubungi Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk mengiktiraf Barnes.

Kejayaan Barnes menerima tawaran biasiswa itu menyaingi seorang lagi pelajar Normandie Cormier yang menerima jumlah tawaran sama daripada hampir 140 kolej selepas dia menamatkan pengajian di Kolej Awal di Lafayette, sebuah bandar di Louisiana, pada 2019.


Cormier memberitahu Guardian pada Selasa, bantuan yang ditawarkan kepadanya pada akhirnya meningkat kepada AS$9.4 juta (RM41.92 juta) dan dia meminta pengiktirafan daripada GWR.

Katanya, organisasi itu memberitahunya tiada lagi individu menerima tawaran biasiswa dengan jumlah terbabit di AS, tetapi tidak dapat mencipta rekod dunia kerana perbezaan sistem pendidikan tinggi di seluruh dunia.

Jurucakap GWR turut mengesahkan tiada rekod untuk tawaran biasiswa terbanyak yang dibuat kepada seorang individu.

Barnes ialah presiden Persatuan Kehormat Kebangsaan, kefasihannya berbahasa Sepanyol memperoleh kedua-dua diploma yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan dan Sukan Sepanyol serta anugerah daripada konsul kehormat Sepanyol di New Orleans.

Barnes mula memohon ke universiti pada Ogos lalu, dengan bantuan daripada kaunselor kolej sekolahnya dan mencetuskan apa yang disifatkan sebagai limpahan surat keputusan.

Remaja itu bercadang mengumumkan pilihan kolejnya pada 2 Mei ini.

Selepas majlis tamat pengajian pada 24 Mei depan, dia berharap dapat melanjutkan pengajian dwiijazah dalam sains komputer dan keadilan jenayah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 28-4-2023 01:31 PM
Dulu member pun dapat JPA and PTPTN. Lepas tu dia x terminate pun PTPTN tu. Smp ujung sem. Dapar First Class Honor. So xperlu byr dedua. Huntong btol. Rezeki.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029674 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top