Ramai mula bimbang apabila Haqiem Rusli memuat naik hantaran di TikTok, menggambarkan dia sedang menanggung kesedihan mendalam. Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 26, memuat naik bait lirik lagu ciptaannya berjudul Aku Hati dan Perasaan berserta kapsyen menggunakan emoji sedih dipercayai ada kena mengena dengan kecaman orang ramai yang menyelarnya disebabkan tindakan isterinya iaitu Anis Sofea menanggalkan tudung, baru-baru ini.
Sebagai suami, dia teruk dikecam netizen yang menyifatkan dia tidak bertegas dan gagal mendidik isterinya menjadi seorang muslimah lebih baik. Dalam pada itu, peminat setia penyanyi tersebut meminta agar Haqiem bersabar dan terus kuat dengan dugaan sedang dihadapinya ketika ini. Malah, ramai meminta Haqiem berehat daripada menggunakan media sosial bagi meredakan keadaan yang sedang hangat. "Berdoa banyak-banyak. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk awak berdua. Slow talk dengan Sofea. Jangan muat naik apa-apa di media sosial. "Jika perlu rehat, berehatlah. Kami semua faham dengan masalah awak. Jika perlukan sokongan, kami sentiasa ada bersama. Jangan risau awak tak keseorangan," komen peminatnya. Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instastory miliknya, Haqiem berkata, dia sudah sedaya upaya cuba untuk mengharungi setiap dugaan yang hadir dalam hidupnya. "Setiap orang akan melalui dugaan dalam hidup, saya sentiasa menerimanya dan berharap anda semua tahu betapa saya terus cuba bertahan dan melaluinya," jelasnya. Pada 22 April lalu, Anis memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab dan hanya mengenakan selendang ketika menyambut 1 Syawal. Tidak hanya itu, Anis turut memadam semua foto di Instagram termasuk bersama Haqiem dan hanya meninggalkan beberapa gambar tanpa berhijab. Ramai membuat spekulasi rumah tangga pasangan itu berantakan namun Anis menyangkal perkara itu dengan memuat naik gambar bersama Haqiem. Haqiem yang diminta mengulas tindakan isterinya membuka tudung dan situasi rumah tangganya bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dan mengambil sikap berdiam diri. Untuk rekod, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan mereka belum dikurniakan cahaya mata Sumber: mStar
|
helicornia replied at 28-4-2023 12:11 PM
Budak2. Apa nk diharap. Sikit2 mengadu kt socmed.yg tua renta pun sama
asfaz replied at 28-4-2023 12:13 PM
Yiihhhhhh acah sedih..elok je kau sebelah bini kau aritu. Nyampahhh... Stop jadi poyo la haqiem
Hoola replied at 28-4-2023 12:28 PM
ni lg sorg
org kwin ko pun kwin
lein mida bini plak bt pranagai
ADVERTISEMENT