Bomba berjaya menyelamatkan remaja lelaki cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium di Bandar Sunway di sini, tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kejadian pada 12.23 tengah malam sebelum mengerah sebuah jentera dengan kekuatan 11 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi.
Pasukan bomba yang tiba tujuh minit kemudian mendapati seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun berada di tepi tingkap di tingkat tiga kondominium berkenaan. "Anggota kemudian menjalankan usaha memujuk remaja terbabit sebelum berjaya diselamatkan pada jam 2.10 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro
|
Drmu replied at 28-4-2023 11:40 AM
Umo 18, duk kondo Sunway. Bkn isu duit kot. Xtaulah. Tpi Jgn plih suicide dik. Klo down.. tarik nafa ...
JunkMail replied at 28-4-2023 12:06 PM
Dik...kau stress sangat pergilah jalan jalan... Beli tiket ketapi merata kau boleh sampai dik..beli ...
Drmu replied at 28-4-2023 11:40 AM
Umo 18, duk kondo Sunway. Bkn isu duit kot. Xtaulah. Tpi Jgn plih suicide dik. Klo down.. tarik nafa ...
kotakbaju replied at 28-4-2023 10:57 PM
Umo2 gitu mana la nak pikir solution macam tu. Dia pikir singkat. Asal boleh lepas dari masalah di ...
Jitu replied at 28-4-2023 11:40 PM
ehh sy muda lg (dlm hati)
ADVERTISEMENT