CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 'Kantoi' Guna Siren Dan Nombor Plat Polis Untuk Elak Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

28-4-2023 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 291| Komen: 1

JAKARTA – Taktik seorang pelajar mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan cara memasang nombor plat kenderaan polis serta membunyikan siren akhirnya memakan diri apabila dia ditahan di Jalan Tol Tangerang Merak, wilayah Banten.


Tribunnews melaporkan, Ketua Utama Peronda Jalan Raya (PJR) Serang Timur, Komisioner Polis Wiratno berkata, pemandu berusia 19 tahun yang memandu kenderaan jenis Honda Freed itu ditahan selepas anggota-anggotanya curiga melihat kenderaan suspek memiliki nombor pendaftaran polis.


Foto: Tribunnews

“Kami telah menahan pengguna jalan raya ini  yang sengaja menggunakan siren dan nombor plat polis,” ujarnya.

Polis sebelum itu mengejar kenderaan terbabit dan mengarahkan pemandunya berhenti ketika melalui plaza tol Cikupa.

Ketika ditahan, remaja tersebut mengaku menggunakan nombor plat dan siren  polis agar boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


“Dia bukan mahu pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun hanya pemandu harian yang tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya,” ujar Wiratno.

Pemandu tersebut dikenakan denda selain nombor pendaftaran yang digunakan dirampas sehingga proses mahkamah selesai. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037294 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top