CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbelah Dua, Habis Semua Balang Kuih Jatuh- Datang Beraya Sampai Pecah Meja Kaca Tuan Rumah

28-4-2023 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3003| Komen: 20

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden seorang tetamu memecahkan meja kaca milik tuan rumah ketika datang beraya.

Wolipop melaporkan, video tular itu menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berdiri di belakang sebuah meja kaca untuk bergambar beramai-ramai.



Foto: tiktok

Seorang lelaki muncul di hadapan kamera untuk menetapkan fungsi ‘self timer’ pada kamera tersebut.

Ketika membongkok  untuk mengendalikan kamera,  dia melanggar dan  terduduk di atas meja kaca itu.

Meja berkenan pecah kepada dua bahagian, menyebabkan balang-balang kuih raya jatuh berselerakan.

Lelaki tersebut dan rakan-rakannya  terkejut dan tergamam sebelum beberapa orang ketawa dan keluar daripada rakaman itu.

Mereka  membantu lelaki berkenaan mengemaskan kembali meja yang sudah pecah.




“Apabila tuan rumah melihat keadaan itu, Abi (lelaki yang memecahkan meja) meminta maaf. Dia berkata mahu menggantikan meja itu, namun tuan rumah sempat bergurau dan tidak marah kepadanya,” demikian menurut keterangan pada video seterusnya.

Lelaki itu dikatakan telah menggantikan meja yang pecah itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Tuan rumah tidak boleh marah kerana Hari Raya Aidilfitri,” kata seorang pengguna media sosial. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 28-4-2023 09:27 AM
on point tulang dia hit the breaking point. terbelah terus
Quote Decaffeinated 28-4-2023 09:30 AM
Lubuk konten!

Berita Indon.jpg



Quote renko 28-4-2023 11:18 AM
babi punya MRO indon jongos
Quote noell 28-4-2023 11:19 AM

ala sis KPI tak capai lg neh angpow raya tergantung tk dpt lg bwk bersabaq sat raya sebln so betabahlah baca crita indon
Quote krustykrab 28-4-2023 11:21 AM
Knp video yg mula² tu meja tak pecah
Quote cicicumel 28-4-2023 11:43 AM
Nmpak sgt content. Sbb tu bukan meja. Mcm kerusi pastu cermin tu sekeping diletak atas tu... Apoooooo....
Quote gideoncross 28-4-2023 01:10 PM
Siap boleh gelak bila meja kaca pcah, klau iol yg buat wlaupn scra x sngja, kat situ juga iol kna pnendang, silap hribuln smpai mti xde maaf.
Quote Suchi 28-4-2023 01:14 PM
Apo tuan umah alas kaca atas sofa kecik je ke?
Dah la kaca nipis bukan temper gelas eh ke apa org panggil yg kukuh tu.

Mengarut tul, pastu segala mak nenek ada atas meja tu
Quote pooh~key 28-4-2023 01:35 PM
gideoncross replied at 28-4-2023 01:10 PM
Siap boleh gelak bila meja kaca pcah, klau iol yg buat wlaupn scra x sngja, kat situ juga iol kna pn ...

Kenapa gitu sis? Muka kau amat merengsakan ummah ke sampai kesalahan sebegitu jah chuols bakalan kena pukul sampai mati oleh tuan rumah sissy? Akak bersimpati sissy.
Quote dudaberhias 28-4-2023 01:57 PM
meja ke apooo tu nyah... nampak macam bukan tempered glass sebab kaca dia tak pecah berterabur... apoooo ko suruh tukang buat aquarium buat meja kah...



Quote gideoncross 28-4-2023 10:52 PM
pooh~key replied at 28-4-2023 01:35 PM
Kenapa gitu sis? Muka kau amat merengsakan ummah ke sampai kesalahan sebegitu jah chuols bakalan k ...

Mksud iol klau iol yg buat cmni, mmg dh lma msuk alam Barzakh sbb dh pcahkn hrta bnda org lain, buknnya psl muka lol.
Quote kotakbaju 29-4-2023 01:08 AM
gideoncross replied at 28-4-2023 10:52 PM
Mksud iol klau iol yg buat cmni, mmg dh lma msuk alam Barzakh sbb dh pcahkn hrta bnda org lain, bu ...

Sabor je la uols
Quote slyfynx 29-4-2023 04:35 AM
ISU SEMASA apoooooo?
Makin menjadi2 merepak pos isu semasa ni.
Quote pearl.silver 29-4-2023 10:33 AM
Indon bole cuba lg..
Content tetamu pecahkn brg tuan rumah/picit kucing tuan umh/bunuh ikn dlm kolam tuan umh  ni dah basi kat malaysia
Quote Samerosie 29-4-2023 11:29 AM
Entah la dekkk...kalau meja akak patah pun tak de dah kuih raya nak jatuh sebab semua balang dah kosong atau hampir kosong dicekik oleh hakak dan laki hakak sendrik.
Quote antikorok 29-4-2023 01:19 PM
Hambar. Next!
Content semata dari negara juara claim terpaling gaytohhhh, sama scam mcm video penampakan hantooo ujong2 content tipu-tipuan puaka jahhh kekdahnyer
Quote gideoncross 1-5-2023 01:57 PM

Aiol cuma mnyatakan je, bukannya iol prnh pcahkn meja kca btul2 kat rumah org lain. Mksud iol klau iol trbuat bnda cmni kat rumah org lain, mmg tinggi lh risiko nak d debik.
Quote kotakbaju 1-5-2023 02:59 PM
gideoncross replied at 1-5-2023 01:57 PM
Aiol cuma mnyatakan je, bukannya iol prnh pcahkn meja kca btul2 kat rumah org lain. Mksud iol klau ...

Bukan lah. .maksud iols suruh sabar tu sebab sister poohkey tu kata kat uols kot muka uols tu yang merengsakan ummah yang sampai nak debik uols pasal pecahkan meja orang tu. Uols paham ke tak ni. Tak paham tak apa lah.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin
Quote gideoncross 4-5-2023 12:03 AM
kotakbaju replied at 1-5-2023 02:59 PM
Bukan lah. .maksud iols suruh sabar tu sebab sister poohkey tu kata kat uols kot muka uols tu yang ...

Mmg iol x fham pun tpi skrg dh fhm lol.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043069 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top