CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Amalina Bakri Balik Raya Di Malaysia, Sempat Buat Aqiqah Untuk Anak

28-4-2023 07:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3504| Komen: 56

Dr Amalina Che Bakri mengadakan majlis aqiqah untuk cahaya mata sulungnya, Arabella Mia.

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK) itu berkongsi perihal itu menerusi hantaran dimuat naiknya di Instagram (IG).



Foto: IG

Dr Amalina turut memuat naik bersama gambarnya memakai persalinan dan selendang berwarna hijau memangku Arabella Mia.

"Alhamdulillah, kami berkesempatan melakukan Aqiqah untuk puteri cantik kami, Arabella Mia semalam," tulisnya ringkas pada kapsyen di IG.



Terdahulu, Dr Amalina dikhabarkan pulang ke tanah air bersama suami, Alexander Charles dan anak mereka, Arabella Mia untuk meraikan Aidilfitri di rumah keluarganya di Ulu Tiram, Johor.

Dr Amalina juga tidak melepaskan peluang berjalan di bandar Melaka dan berkongsi gambar berdua dengan anaknya ketika di kota bersejarah menerusi hantaran di IG.




Menurut rekod, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London, UK pada 31 Mac, tahun lalu.


Beliau adalah pelajar cemerlang yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 28-4-2023 07:51 AM
Ya Allah, dari tepi pon anak dia nampak cantik
Quote otai_g 28-4-2023 07:58 AM
Beribear replied at 28-4-2023 07:51 AM
Ya Allah, dari tepi pon anak dia nampak cantik

Baka mix sis. Ada ke baka mix yg x cantik. Even mix dgn african pun anak keluar cantik
Quote mejaputih 28-4-2023 10:35 AM
ala x nmpk muka dpn baby...
Quote pooh~key 28-4-2023 10:46 AM
Selection deco design rumah mak sheols cantik hokeyyyyyy sis.
Quote krustykrab 28-4-2023 10:52 AM
Untung mak dia..anak sorg je n menjadi...
Quote Kejora927 28-4-2023 11:01 AM
Pandai baby tu nyorok muka..haha
Quote babelina 28-4-2023 11:15 AM
alang2 kt mesia.. sunat la sekali..
Quote Triple_8 28-4-2023 11:17 AM
babelina replied at 28-4-2023 11:15 AM
alang2 kt mesia.. sunat la sekali..

Aku hempuk kang...
Quote noell 28-4-2023 11:21 AM
otai_g replied at 28-4-2023 07:58 AM
Baka mix sis. Ada ke baka mix yg x cantik. Even mix dgn african pun anak keluar cantik

hasben fyna jebat pun cantek??ok noted
Quote Tinot7 28-4-2023 11:25 AM
Selamat pulang ke tanahair.. tahniah dah habiskan training jadi surgeon..

Baidewei, awat takde gambaq muka baby? Dari sisi dah comey..
Quote cicicumel 28-4-2023 11:29 AM
Biasa mak melayu x cantik kawin mat saleh, anak cantik. Mcm DD danJoling tu. Mak diorang tak cantik.
Quote babelina 28-4-2023 11:34 AM

eh... ko nk hempuk aku nape pula..
Quote doubleharmonic 28-4-2023 11:48 AM
laki dia helokk. adakah bakalan disondol minah london
Quote Suchi 28-4-2023 11:58 AM
Comel anaknya bulu mata melentik.
Anak pompuan kan byk la dapat drpd bapanya
Campuran asian+kokesen selalunya menjadi helok.
Quote Suchi 28-4-2023 12:01 PM
otai_g replied at 28-4-2023 07:58 AM
Baka mix sis. Ada ke baka mix yg x cantik. Even mix dgn african pun anak keluar cantik

African + omputeh selalunya helok laa tu pun ada juga yg kuat sangat genetik african tu.
tp kalau melayu + african rata2 rupa african tu lebih kuat dah mcm anak angkat plak
Quote imanjannah 28-4-2023 12:09 PM
tinggi mcm ayahnya nnti baby ni..
Quote kucingitam 28-4-2023 12:41 PM
ni baru lah boleh nak banggakan spm 17A..mmg menjadi.. bukannya sibuk spm 10A tapi....
Quote _blackbird 28-4-2023 01:58 PM
otai_g replied at 27-4-2023 11:58 PM
Baka mix sis. Ada ke baka mix yg x cantik. Even mix dgn african pun anak keluar cantik

Aku. Masa aku sek ada sorg minah ni mix caucasion tapi mmg tak lawa. Muka dia mcm ada defect, dagu dia terlalu kecik & ada double chin walaupon minah ni kurus kering. Tapi kawan2 laki dia ramai yg ensem2 sebab fam dia ni mmg kaya gila
Quote chikumanis 28-4-2023 02:21 PM
kucingitam replied at 28-4-2023 12:41 PM
ni baru lah boleh nak banggakan spm 17A..mmg menjadi.. bukannya sibuk spm 10A tapi....

meratib ke hulu ke hilir spm 10A sampai ajm...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042877 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top