CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Rosak Bendang Orang, Berpuluh-Puluh Mat Rempit Redah Sawah Elak Dicekup Polis

28-4-2023 07:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 570| Komen: 2

PENDANG – Cubaan sekumpulan remaja melarikan diri daripada polis dengan meredah sawah berlumpur gagal apabila mereka dicekup dalam operasi samseng jalanan di Kampung Charuk Kudung.

Dalam operasi bermula pukul 6.30 petang itu, seramai 90 individu berusia antara 11 hingga 22 tahun dengan melibatkan 62 motosikal ditahan.


Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, operasi dilakukan susulan aduan penduduk kampung tentang kehadiran sekumpulan remaja membuat bising dengan bunyi enjin kuat pada setiap petang.



“Selain itu kumpulan remaja terbabit turut menjadikan jalan mini tar di hujung kampung sebagai tempat merempit sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan penduduk,” katanya di sini hari ini.

Menurut Arriz, sebanyak 102 saman dikeluarkan kepada pemilik dan penunggang yang ditahan atas pelbagai kesalahan.



“Antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos motosikal, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi selain tiada insurans dan cermin sisi,” ujarnya.

Tambahnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-4-2023 10:02 AM
dasar budak2 PN

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034655 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top