CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Curi Wang Dari Premis Pakaian Terpakai Diburu

27-4-2023 10:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 542| Komen: 2|Original author: Tatod

Polis sedang memburu suspek wanita yang disyaki mencuri wang dari sebuah premis menjual pakaian terpakai di Selayang Baru, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, video kejadian berkenaan tular di media sosial pada 25 April lalu.


"Kejadian disedari pemilik premis terbabit ketika hendak mengira hasil jualan harian premis dan mendapati wang hasil jualan tiada di dalam laci simpanan wang.


"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati seorang wanita dilihat mengambil sejumlah wang dari dalam laci simpanan wang premis berkenaan,"katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berikutan insiden itu mangsa mengalami kerugian kira-kira RM700.

"Polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat


Jenayah, Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013-3020385 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,"katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 28-4-2023 07:16 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-4-2023 03:19 PM

Ok kepada sesiapa mengenali pesalah yang di kehendaki di bawah ni sila ... Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat


Jenayah, Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013-3020385 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,"katanya.

Gambar pesalah yang di kehendki.
Quote Belibis 28-4-2023 08:15 AM
Usaha lebih la sikit untuk siasat..asyik mintak maklumat orang ramai jer..kalau ditular,pandai pulak nasihat jangan buat spekulasi..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046926 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top