CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Pertama Hasil ‘Robot Sperma’ Dilahirkan

27-4-2023 10:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1262| Komen: 15|Original author: Tatod

Bayi pertama yang dihasilkan menggunakan robot penyuntik sperma selamat dilahirkan, manakala prosedur canggih itu berpotensi mengurangkan kos rawatan persenyawaan secara in Vitro (IVF), lapor akhbar New York Post semalam.


Ketika proses tersebut, jurutera-jurutera menggunakan jarum robot untuk memasukkan sperma ke dalam sel telur (ovum) di Pusat Kesuburan New Hope, Bandar Raya New York.

Kaedah itu menghasilkan dua embrio sihat yang berakhir dengan kelahiran dua bayi perempuan, demikian menurut kajian teknologi itu oleh Institut Teknologi Massachusetts.

Bayi Pertama Hasil ‘Robot Sperma’ Dilahirkan


Kajian itu melibatkan penggunaan jarum kawalan jauh dan kamera untuk memasukkan sperma ke dalam sel telur di atas piring petri.

Menurut ketua pakar genetik syarikat Overture Life, Santiago Munne yang membangunkan robot itu, teknologi tersebut suatu hari nanti boleh mengurangkan kos rawatan kesuburan semasa yang menelan belanja sehingga AS$20,000 (RM89,140) di Amerika Syarikat (AS).


Munne percaya proses persenyawaan itu boleh diautomasikan oleh pakar sakit puan.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 27-4-2023 10:22 PM
Apa kaitan gambar dgn berita
Quote krustykrab 27-4-2023 10:42 PM
Gambar dlm bulatan tu apa? Sperma ke
Quote Thunderclouds 27-4-2023 10:55 PM
krustykrab replied at 27-4-2023 10:42 PM
Gambar dlm bulatan tu apa? Sperma ke

Quote sharlenetexas 27-4-2023 11:19 PM
Gambar apa tu? Robot sperma tercicir atas jalan?

Quote Suchi 27-4-2023 11:46 PM
Gambar tak jelas laa, tu kira gambar masa pensenyawaan ke?
Quote shernazz 28-4-2023 05:37 AM
Dalam gambo TU adalah cara sperma mengejar sama sama utk ke ovum
Quote stingergrumpy 28-4-2023 05:40 AM
shernazz replied at 28-4-2023 05:37 AM
Dalam gambo TU adalah cara sperma mengejar sama sama utk ke ovum

greentea lega kini......tinder dah boleh tersenyum JOKER.....

Kahkahkahkahkahkah

Quote KamikuP 28-4-2023 07:24 AM
Gambar bersenggama atas motor ke tu?
Quote Firenzza 28-4-2023 07:26 AM
Beria2 baca ingatkan robot tu ada penis buat ngesek ikut feveret penerima sperma
Quote Belibis 28-4-2023 08:17 AM
krustykrab: Gambar dlm bulatan tu apa? Spe ...

Bayi tu ler gamaknya.[em:3:]
Quote Dwdrum 28-4-2023 08:22 AM
Edited by Dwdrum at 27-4-2023 04:25 PM

Common nanti robot akan gantikan Dr buat procedure... Dr hanya control /manage/monitor machine saja seperti robotic surgery
Quote Tinot7 28-4-2023 08:36 AM
Mahainya rawatan kat US..
Quote doubleharmonic 28-4-2023 09:52 AM
tu ke robot sperma dalam gambar tu hah noreeen
Quote babelina 28-4-2023 09:58 AM
kt post https://bn1.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=222426 gmbr nie gak..
apa la korg nie wat kje..
Quote fly_in_d_sky 28-4-2023 11:15 AM
terlebih makan lemang rendang daging nasi impit kuah kacang ...
hmmmmm

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top