CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diraba Nekad Lompat Dari Teksi Motosikal

27-4-2023 10:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 278| Komen: 0|Original author: Tatod

Seorang wanita berusia 30 tahun di Bengaluru, India melompat daripada sebuah teksi motosikal ketika pemandu cuba mengganggunya secara seksual dan membawa mangsa ke lokasi yang salah.

Wanita itu menempah teksi motosikal Rapido petang 21 April lalu pada pukul 11.10 malam (waktu tempatan). 


Pemandu itu kemudian merampas telefon bimbit wanita berkenaan dengan berpura-pura ingin mengesakan kata laluan sekali sahaja (OTP) dan memandu ke arah bertentangan.


Menurut polis, walaupun mangsa membunyikan penggera dan mengarahkan pemandu itu mematuhi peraturan, dia tetap berdiam diri, lapor laman berita India Today.

Wanita itu kemudian merampas semula telefonnya dan menyedari lelaki itu mabuk. Pemandu itu bertindak balas dengan merampasnya kembali dan memandu lebih laju sebelum meraba mangsa.

Mangsa terpaksa melompat dari motosikal yang sedang bergerak untuk menyelamatkan diri. 


Suspek yang bernama Deepak kemudian ditangkap polis dan kini ditahan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.029137 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top