CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Wanita Cetus Drama Tarik Rambut Gara-Gara Liat Bayar Hutang RM3,000, Tak Cukup Pijak, Simbah Air Panas

27-4-2023 09:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1520| Komen: 8|Original author: Tatod

Gara-gara liat membayar hutang, seorang wanita disimbah dengan air panas.

Dalam kejadian yang berlaku di pusat karaoke, pertengkaran tercetus apabila seorang wanita enggan membayar hutang berjumlah 10 juta rupiah (RM3,000).


Bukan itu sahaja, dia juga menjadi agresif ketika rakannya memintanya membayar hutang berkenaan.


Difahamkan insiden terbabit berlaku di Taichung, Taiwan pada 21 April lalu.

Dikenali sebagai Tran, dia pada mulanya meminta hutangnya untuk dibayar dengan cara baik tetapi ditolak secara kasar oleh rakannya, Ton.

Tran dan saudara lelakinya bertindak menyerang Ton kerana keenggannya untuk membayar hutang.

Ketika itu berlaku drama 'tarik rambut', Ton bukan sahaja diheret ke lantai, malah ditampar dan dipijak berulang kali.

Tran kemudian satu periuk yang berisi air panas mendidih dan menyimbahnya ke muka mangsa.


Ton menjerit kesakitan dan cuba melarikan diri namun gagal, dia dibawa masuk semula oleh Tran yang enggan melepaskannya.

Susulan kejadian itu, Tran bersama saudara lelakinya dan seorang lagi individu yang merakam kejadian ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan seumpama ini salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya. 


Sumber: mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 27-4-2023 10:25 PM
Pauk kali kau Ton, udah minjam nga mau bayar. Rasain loh
Quote Babai 27-4-2023 11:32 PM
Padan mukaa
Quote imransulaiman 27-4-2023 11:52 PM
Takde video ke?
Quote prince_marhaen 28-4-2023 09:41 AM
apa babi berita sampah sarap ni, perkara berlaku kat Taiwan tapi state kerugian dalam rupiah... wartawan caprut cari & mstar ni pemuja berhala yindon ke, berita yindon caprut pun kau cedok dengan rupiah rupiahnya sekali... betul-betul sampah ye mstar-pondan-adik-adik-sling bag uptown danau kota ni bak kata sajat... hahahaha
Quote pooh~key 26-5-2023 09:16 PM
[attach]2610722[/attach]
Quote bulalof 27-5-2023 07:16 AM
copy paste, dpt credit. bravo!
Quote matamata 27-5-2023 08:14 AM
Bodo punya wartawan...
Quote syamzana 27-5-2023 08:18 AM
iols imagine indon caprut dok bergasak ujung2 kejadian di taiwan
hoihhhhh la reporter cap ayam

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.086633 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top