Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin. Muhamad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok pada jam 9.27 pagi.
Menceritakan perkara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya kelihatan aktif dan sihat keluar beraya bersama adik beradik serta saudara mara pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua. Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga. "Saya sentiasa memantau keadaan anak pada setiap jam dan mendapati suhunya sekitar antara 37 hingga 38 darjah celcius. "Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah dan mahu membawanya ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap dia secara tiba-tiba diserang sawan.
"Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, nadinya terhenti dan dia pengsan," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, doktor cuba buat yang terbaik apabila memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Namun katanya, doktor meminta dia dan suami reda sebelum anak mereka menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 pagi. Katanya, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi. "Semua 'isi' di dalam iaitu jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering. "Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya," pesannya. Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia kerana strok haba dan dehidrasi. "Bedah siasat di HRPZ II keputusan awal mendapati kanak-kanak itu diserang strok haba dan dehidrasi," katanya di sini, hari ini. Sumber: HARIAN METRO
|
cmf_premierleag replied at 27-4-2023 09:20 PM
Selalu dgr kat luar negara ada org meninggal sbb strok haba..now dh jd kat msia
Ya mmg skang cuaca s ...
Thunderclouds replied at 27-4-2023 09:23 PM
Aku sidai baju sat ja pakai cap oooiii..
Panassss..
harkktuih replied at 27-4-2023 09:22 PM
Td news sorang lg baby 18months meninggal sbb heat stroke gak.. Pun kat kelantan.. Membe yg br balik ...
harkktuih replied at 27-4-2023 09:22 PM
Td news sorang lg baby 18months meninggal sbb heat stroke gak.. Pun kat kelantan.. Membe yg br balik ...
otai_g replied at 27-4-2023 09:49 PM
Kalo pmx benarkan pengeluaran kwsp blh la b40 beli air cond. Cuaca skrg pns lain mcm. Aircond da jd ...
sekngucing replied at 27-4-2023 09:47 PM
panas uols i duk seminggu dah ni..rasa nak lari balik kl ja
sejak isnin lepas memang panas
satu ru ...
sukacactus replied at 27-4-2023 09:28 PM
Lepas lunch mmg dok dlm bilik je
Blind pun aku tutup biar kurang cerah skit bilik
Terik sgt kat luar ...
cmf_premierleag replied at 27-4-2023 09:25 PM
Kul 9 pagi, tp matahari rs mcm dah kul doblas kooo....kul 10 je matahari dh tegak atas kepala smpi ...
krustykrab replied at 27-4-2023 09:55 PM
Biasa la diorg ni raya nk meriah mesti kena kunjung mengunjung wpun tiak lecak. Heret semua org ik ...
ADVERTISEMENT