CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Dirantai Dan Diseret Atas Jalan Raya Oleh Lori Di Serdang Jaya

27-4-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 931| Komen: 6

PETALING JAYA- Seekor anjing ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dirantai dan diseret oleh sebuah lori di Serdang Jaya baru-baru ini.

Menerusi Instagram Salehatul Khuzaimah M.Ali,  anjing yang berwarna hitam itu dalam keadaan terbaring dan berantai sambil diseret di belakang sebuah lori di atas jalan raya.


Foto: IG

“Tidak dapat dipastikan sama melalui gambar ini anjing tersebut masih hidup atau pun sudah mati ketika itu.

“Saya juga tidak pasti perbuatan ini disengajakan atau tidak,” katanya.

Menurut pemilik akaun pada awalnya dia cuba bersangka baik.



“Saya cuba nak bersangka baik mungkin dia tidak perasan anjing itu diikat tetapi perbuatan sebegini adalah tidak boleh diterima.

“Semoga kes ini dapat difailkan dengan segera dan disiasat supaya tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada si pelaku jika didapati bersalah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan kejam pemandu lori yang tidak berhati perut itu.

“Astaghfirullah, anjing pun makhluk tuhan juga, kenapa kejam sangat manusia sekarang ni, otak dah hilang ke apa buat macam tu,” komen Hazwani.

“Sangat menyedihkan! Kenapa masih rakyat Malaysia ada yang tak berhati perut macam ni,” kata Lingling.

“Tolonglah, kalau nampak kejadian macam ni, ambil tindakan. Janganlah sekadar tangkap gambar dan biarkan anjing tu macam tu terus, tolonglah jadi lah manusia yang ada hati nurani sikit,” komen Nurul.

Pemilik akaun turut menggesa orang awam supaya membuat aduan dan laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan jika terdapat maklumat berkenaan anjing tersebut atau mana-mana kejadian yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan seperti ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 27-4-2023 05:41 PM
[Tempatan] Anjing dirantai, diseret atas jalan raya
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5166874&extra=
Post time 27-4-2023 05:35 PM

Udahh adaa..

Quote Zazama 27-4-2023 10:09 PM
Manusia tak ada akal! Seksa mcmtu apa yg kau dapat! Tak suka sekalipun jgn diseksa mcmtu!
Quote Moyangkucing 27-4-2023 10:14 PM
Allah.. kesiannya doggo tersiksa sampai mati macam tu... nape lah ikat kat lori????

Quote cikatilia 28-4-2023 10:09 AM
kejamnya manusia
semoga di hukum seberat2
Quote fortiori13 30-4-2023 03:55 PM
Allahu, kenapa kejam sgt ni. Harap dikenakan tindakan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.089196 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top