CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asyik Berdengung, Rupa-Rupanya Labah-Labah Dah Bersarang Dalam Telinga

27-4-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 595| Komen: 4

BEIJING – Seorang wanita berusia 40 tahun di China terkejut apabila doktor menemui seekor labah-labah bersarang di dalam telinganya.

Daily Star melaporkan, wanita itu pada awalnya pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mendengar bunyi berdengung secara berterusan pada telinga kanannya.


Video yang dirakam di Hospital Rakyat Daerah Huidong, wilayah Sichuan menunjukkan seorang doktor memasukkan tiub kecil berkamera yang dilengkapi penyepit ke dalam telinga pesakit.


Foto: Asiawire

Dia kemudian menemui sarang sutera yang disangka gegendang telinga. Setelah mengupasnya, seekor labah-labah meluru keluar dan ‘menyerang’ kamera tersebut.

Haiwan itu dipercayai membina sarang di dalam telinga wanita itu ketika ingin bertelur.

Pakar perubatan Jabatan Otolaryngologi, Han Xinglong berkata: “Sarang yang dibina sangat mirip dengan gegendang telinga.


“Ketika alat endoskop mula-mula masuk, tiada perkara ganjil ditemui. Namun, apabila anda melihat dengan lebih teliti, ada sesuatu bergerak di dalamnya.

“Ia (labah-labah) hampir melarikan diri tetapi akhirnya berjaya dibawa keluar,” katanya.

Wanita itu bernasib baik kerana labah-labah itu tidak beracun dengan pesakit hanya mengalami kerosakan kecil pada saluran telinganya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 27-4-2023 05:40 PM
[Dunia] Telinga asyik berdengung, rupanya ada labah-labah bersarang
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5166873&extra=
Post time 27-4-2023 05:34 PM


udah ade ommm

Quote rosmahisham 27-4-2023 11:28 PM
X sakit ke?.semut  yg kecik tu pon kalau masuk punya sakit nk mateyyy
Quote Tinot7 28-4-2023 08:40 AM
Camne leh sesat dlm tu?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045281 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top