CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Pekerja Stesen Minyak Dituduh Pulangkan Duit Baki Tak Cukup

27-4-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2087| Komen: 24

Seorang pekerja wanita di sebuah stesen minyak tempatan nyaris ditipu apabila terdapat seorang pelanggan yang kononnya mendakwa menerima jumlah baki wang tidak mencukupi.

Menerusi satu klip video yang dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Akak Petron menunjukkan seorang pelanggan lelaki menghulurkan sekeping wang bernilai RM100 untuk mengisi minyak pada kenderaannya.


Jelas Akak Petron, lelaki tersebut membayar minyak sebanyak RM20 maka baki wangnya yang diberikan adalah RM80.



“Hari ini 30 Mac aku hampir kena tipu, pelanggan ni bagi RM100 lepas tu cakap aku bagi wang baki tidak cukup RM50. Aku tak nak bagi terus sebab aku yakin yang aku telah bagi baki RM80.

“Aku cakap kena tengok CCTV dahulu. Tengok.. Laju betul dia masukkan duit dalam poket seluar. Kemudian dia hilang masa aku tengok CCTV,” jelas wanita tersebut.

Klip video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang lain termasuk ada yang berkongsi pengalaman kejadian yang sama.




“Saya pernah kena sebelum ini, saya juga bekerja di stesen minyak. Saya buat perkara sama pergi periksa CCTV dahulu. Berhati-hatilah dengan pelanggan seperti ini,” ujar Idayus.

“Berhati-hati dengan pelanggan yang menggunakan wang dengan nilai yang besar seperti RM100 mahupun RM50. Kalau tidak duit itu palsu ternyata mereka akan cuba perdaya kita dengan duit baki yang tak cukup,” kata Asmahani Ahmad. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 27-4-2023 05:38 PM
tkle ke charge customer tu sbg cubaan merompak dgn menipu cashier....?
Quote pooh~key 27-4-2023 05:57 PM
Akak syak planggan sial itteww pakai kereta myvi sengkek dak sis? Sekian akak perli sis.
Quote Thunderclouds 27-4-2023 06:03 PM
Mesti dh besa buat.
Tp kali ni no luck.
Patot tunjuk muka sama.
Senang nk kenal mangkuk tu jiran,kawan,family or kelig hgpa.
Quote intan244 27-4-2023 06:26 PM
sejahat manusia
Quote krisp 27-4-2023 06:44 PM
Masa terima duit dari pelanggan (esp duit besar) cashier cakap dgn suara jelas (jgnlah lantang sangat takut ada yg mengikut pelanggan tu nanti) jumlah yg diterima. Begitu jugak masa mengembalikan lebihan duit (dah macam akad nikahlah pulak)
Quote imransulaiman 27-4-2023 07:38 PM
pooh~key: Akak syak planggan sial itteww ...


Honda kak...plet Q tak silap..
Quote pooh~key 27-4-2023 07:58 PM
imransulaiman replied at 27-4-2023 07:38 PM
Honda kak...plet Q tak silap..

Thanks clarify sister.
Quote PULANGKAN 27-4-2023 08:44 PM
trick tipu cashier ni diorang selalu buat kat kedai makan, restoran-restoran

lagi2 yang jaga cashier tu budak lepasan SPM, atau yang muda2 nampak naif, senang kena tipu. dan yang jaga cashier tu, sorang je. memang ler kena

memang main duit besar. bagi RM100, RM200, lepas tu kata kurang lagi 50, lepas tu dia pass duit kecik 10-10 ka, 20-20 ka. pastu dia kata, dah tukar duit pecah kecik, patutnya baki lagi RM70-80. dia main swap-swap duit kat situ.

kawan aku terkena, dia bayar, dia pulang, dia tukar, sekali short puluhan ringgit. membebel dia citer kat aku kena ganti balik guna duit dia sendiri. check CCTV, yang buat tu, customer perempuan, lingkungan 30-40 an
Quote jfq 27-4-2023 08:55 PM
Kena buat style kat oversea
Masa cashier pulangkan baki duit, mereka akan sebut sejibik2 dan letak sehelai2 baki tu kat tangan kita
Misal kalau balik rm50 dgn duit kertas rm10×5 mereka sebut 10 20 30 40 50 sambil selai selai letak kat tangan
Kalau tgk cara akak petron tu pulang duit segumpal camtu dia hulur bawah cermin tu
Quote pittjie 27-4-2023 09:00 PM
pooh~key replied at 27-4-2023 05:57 PM
Akak syak planggan sial itteww pakai kereta myvi sengkek dak sis? Sekian akak perli sis.

Tak baik tau sis pooki ni asal pemandu buruk laku .. tuduh yg bawak myvi. Sebagai bekas pemilik myvi yg jujur dan taat undang2 .. iols techik ati tawww.
Quote Despacito 27-4-2023 09:03 PM
guna Ewallet lagi mudah, skrg i dah malas nak pegang2 duit cash ni
Quote imransulaiman 27-4-2023 11:53 PM
pooh~key replied at 27-4-2023 07:58 PM
Thanks clarify sister.

Sama-sama kaka...

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin
Quote pooh~key 28-4-2023 08:18 AM
pittjie replied at 27-4-2023 09:00 PM
Tak baik tau sis pooki ni asal pemandu buruk laku .. tuduh yg bawak myvi. Sebagai bekas pemilik my ...

Kohkohkohkohkoh maafin akak sister pittjie.
Quote AznieBunnie 28-4-2023 08:48 AM
dicadangkan, susun duit mcm kipas tu, sebut - ni baki tuan, RM80.
bg dia tengok dulu duit baru pass duit ke dia.

penipu everywhere..
Quote esbok 28-4-2023 09:07 AM
Kes terbalik pun ada. Cashier bagi balance tak cukup.

Aku ni jarang kira baki, sbb rasa semua orang di dunia ni baik jujur. Nak jadi cerita, aku baru dengar kawan aku share, memang ada cashier sengaja bagi baki kurang.

Aku jadi extra alert pulak lepas dengar kisah dia tu.

Kene kat seben eleben. Haku bagi 100, more or less kejadiannya, dia sepatutnya bagi baki 90+, tapi yang ada kat tangan daku ada 70 saja. Aku sedar bila dah dalam kereta, baru terpikir nak kira, tengok jumlah jauh kurang dari harga barang aku beli, terus sis patah balik sambil bawak resit.

Bila aku kata, baki macam tak cukup, ingat cashier tu akan buat semakan dulu ke apa ke kot dia ingat aku nak menipu dia, tapi mamat ni laju je dia bagi kat aku duit sekeping nak cukup kan jumlah balance aku. Duit tu rasa nya dia ambil bawah cash register je, tak bukak pun cash register.

Jadi hati2 lah juga bila terima baki, kawan daku sendiri cerita, kawan2 dia zaman kerja jaga cashier, depa cilok duit sikit2 dari setiap pelanggan. Ni belum cerita kisah foreigner terkene, cashier scan barang sama berkali kali. Member aku  tu pulak walau tak paham bahasa melayu, kerja dia data analyst , laju la mata dia.

Pelanggan menipu tak cukup baki pun satu hal juga, aje haru
Quote Decaffeinated 28-4-2023 09:15 AM
Memula baca tajuk tak rasa nak klik rupanya menarik cerita ni.
Quote Decaffeinated 28-4-2023 09:19 AM
jfq replied at 27-4-2023 08:55 PM
Kena buat style kat oversea
Masa cashier pulangkan baki duit, mereka akan sebut sejibik2 dan letak s ...

Kalu kat OZ mereka akan 'sambung kira' bermula dengan harga jualan disusuli dan baki. Contoh barang $70, ko bayar $100, baki 3 keping $10. Dia akan letak $10 sehelai2 kat tangan sambil kira, 80, 90, 100.

Quote salimrock 28-4-2023 11:22 AM
esbok replied at 28-4-2023 09:07 AM
Kes terbalik pun ada. Cashier bagi balance tak cukup.

Aku ni jarang kira baki, sbb rasa semua orang ...

yup, pernah gi makan kedai mamak,

baki RM9
aku bagi rm20 , dia bagi RM1, aku cakap, aku bgi RM20 baru la dia bukak cash register bgi rm10, ( tp tau la dia betul2 buat silap atau pura2 silap )

kalo note RM20 bg tu kena alert, dgn cashier yg bagi pulang duit tu,



Quote esbok 28-4-2023 11:35 AM
salimrock replied at 28-4-2023 11:22 AM
yup, pernah gi makan kedai mamak,

baki RM9

Note 20 tu memang. Few times confused. Aku yang hulur pun aku kene tengok betul duit tu baru bagi.
Kalau tak, org kedai kata aku bagi 10 pun, aku caya je

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.100113 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top