CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disorok Atas Bawah Katil, Dah Terbaring Sakit Baru Keluarga Tahu Lelaki Warga Emas Simpan Lebih RM30 Ribu Dalam Rumah

27-4-2023 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 577| Komen: 4

Jakarta: Lelaki warga emas di Kota Serang, Banten, Indonesia mengejutkan keluarga dan jiran tetangga dengan 'penemuan' lebih 100 juta rupiah (kira-kira RM30,177) wang simpanannya dalam biliknya.

Portal Kompas melaporkan, rahsia itu terbongkar selepas Sarneli, 75, memberitahu anak saudaranya, Ola Sahala, 55, pada Selasa.

Dia menceritakan hal itu kerana sudah tidak boleh berjalan dan sakit serta hanya terbaring di atas katil sejak dua bulan lalu.


Foto: Kompas

"Pada malam itu, pak cik beritahu wangnya ada di katil dan minta dikira bersama penduduk setempat," kata Ola Sahala.

Sarneli sebelum ini hidup sebatang kara di rumahnya, di Lingkungan Karundang Lor, Cipocokjaya, Kota Serang.

Lelaki itu dipercayai mengumpul wang berkenaan sejak lebih 10 tahun tahun lalu dan ia diperoleh hasil usahanya menjual itik peliharaan, bantuan kerajaan dan sumbangan penduduk setempat.


Sarneli mengikat wang simpanannya menggunakan getah kemudian dibungkus dengan plastik dan disimpan dalam bilik.

Ada beberapa plastik dimasukkan ke tong bekas cat selain disimpan di atas dan di bawah tilam, serta katil.

Sementara itu, wang syiling dimasukkan ke tin kuih dan tiada seorang pun ahli keluarga tahu adanya wang itu dalam bilik Sarneli.

Wang itu dikira sejak jam 1 pagi hingga 7.30 malam dan lebih 7 juta rupiah (kira-kira RM2,080) dalam keadaan rosak.

Manakala, sebanyak 18,270,000 rupiah (kira-kira RM552) dalam keadaan masih baik, dengan pecahan 1,000 rupiah (kira-kira 0.30 sen), 2,000 rupiah (kira-kira 0.60 sen) , 5,000 rupiah (kira-kira RM1.50), 10,000 rupiah (kira-kira RM) dan 20,000 rupiah (kira-kira RM6).

"Ada juga wang 50,000 rupiah (kira-kira RM15) dan 100,000 (kira-kira RM30) dengan campuran wang baru dan lama," kata Ola.

Ketika dikira dan diasingkan, jumlah wang yang masih baik adalah 104 juta rupiah (kira-kira RM30,902) sedangkan yang rosak 10 juta rupiah (kira-kira RM3,005).

Ola pun hairan bagaimana bapa saudaranya berani menyimpan wang sebanyak itu di rumah dengan kondisi pintu yang tidak pernah dikunci.

"Sebagai anak saudara, saya tidak sangka dia (bapa saudara) ada wang yang banyak dan disimpan di dalam bilik.

"Wang yang rosak sedang dalam proses pertukaran di bank," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 27-4-2023 07:24 PM
“ Dia menceritakan hal itu kerana sudah tidak boleh berjalan dan sakit serta hanya terbaring di atas katil sejak dua bulan lalu.”

Penat2 simpan tp x dpt nak spend utk diri sendiri…tapi mmg ada org yg motivated bila tgk dan simpan duit byk2

Apa2 pon maybe pakcik ni boleh bersedekah berwakaf… at least dpt juga pahala nya
Quote SalenaGomez 27-4-2023 07:26 PM
SalenaGomez replied at 27-4-2023 07:24 PM
“ Dia menceritakan hal itu kerana sudah tidak boleh berjalan dan sakit serta hanya terbaring di ata ...

Itupon kalau islam la
Quote PULANGKAN 27-4-2023 08:52 PM
rasanya Iols dah baca berita cerita ni tahun lepas lagi

berapa ramai warga seberang simpan duit kat katil, hidup mati hidup mati, pastu gambar orang mencangkung tu kira duit, orang yang sama. memang keje dia kira duit orang mati ke apa. atau kampung tu memang jenis orang tua simpan duit, pastu mati, masuk berita, pastu wartawan cari copy paste longgok di isu semasa

soalan bongek : orang yang sama mati ke, orang lain?  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035960 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top